CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 1

Azizulhasni harap doa, sokongan rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:10 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Datuk Azizulhasni Awang terus menghidupkan peluang pemburuan pingat emas buat negara apabila mara ke suku akhir acara keirin di Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Berlangsung di Velodrom Izu, percaturan Azizulhasni tampak menjadi apabila mudah meluru ke depan seterusnya mengungguli saringan ketiga selaku juara.

Namun dia sebelum itu turut menyaksikan insiden berlaku kepada rakan senegara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua.

Shah Firdaus tidak berlumba apabila saringan kedua diadakan semula, namun tampil di repechage dan mara suku akhir selepas menduduki tempat kedua.

"Itu yang pelumba harap tidak berlaku. Sebelum turun saya akan sentiasa berdoa akan dipermudahkan segalanya, tidak dikepung, tidak terbabit dengan kemalangan dan Alhamdulillah hari ini semuanya berjalan dengan lancar.

"Memang fokus kami hari ini untuk menang dan tidak perlu beraksi di pusingan repecharge. Saya lihat pecutan juga OK, cuma perlu berbincang lagi selepas ini dengan jurulatih, John Beasley apa yang perlu dilakukan esok," katanya.

Bagi perlumbaan esok, negara perlu bijak mengatur strategi untuk menyimpan tenaga berikutan akan berdepan dengan tiga perlumbaan sekiranya berjaya mara ke peringkat akhir.

Azizulhasni berkata, apa yang penting esok adalah untuk layak ke separuh akhir dan akhir terlebih dahulu dan dia perlu menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik di suku akhir dan perlu berada di kedudukan tiga terbaik di separuh akhir untuk mara ke saingan akhir.

Azizulhasni atau dikenali dengan julukan 'The Pocket Rocketman' mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia bagi membolehkan dirinya meraih pingat emas pertama buat negara di temasya Olimpik.

Esok, Azizul dijadual turun perlumbaan saringan ketiga suku akhir bersama pelumba Australia (Matthew Glaetzer), Stefan Boetticher (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun), Denis Dmitriev (Jatawankuasa Olimpik Russia) dan Kwesi Browne (Trinidad and Tobago).

sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 07:11 AM | Show all posts

JAGUH lumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang (dua dari kiri) menang saringan ketiga acara keirin, hari ini dan akan berentap di suku akhir Tokyo 2020, pagi esok. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039632 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list