View: 869|Reply: 1
|
Lelong telefon bimbit untuk biayai aksi di Komanwel pula
[Copy link]
|
|
Tokyo: Seorang atlet Britain melelong beberapa barang cenderahati Olimpik Tokyo 2020 untuk membiayai persediaannya bagi menghadapi temasya Sukan Komanwel.
Atlet tukul besi Britain, Taylor Campbell mendedahkan dia menjual telefon bimbit dan fon telinga di platform eBay dan berkongsi pautan itu di profil Twitter miliknya.
Atlet berusia 25 tahun itu yang gagal layak beraksi di pentas final di Tokyo, menawarkan telefon bimbit edisi khas Samsung Galaxy S21, logo Olimpik serta fon telinga.
Harga tertinggi yang diperolehi setakat ini adalah £3,030 (RM17,700) yang mana ia sedikit sebanyak dapat membantunya melakukan persediaan untuk temasya Sukan Komanwel tahun depan.
Campbell, juara baling tukul besi British, perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke Tokyo namun kini sudah pulang ke United Kingdom selepas menamatkan saingan awal di kedudukan ke-14.
Dia kini tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan tetapi berharap telefon Samsung itu yang diberikan kepada setiap atlet di Olimpik, akan dapat dijual dengan harga lebih tinggi lagi bagi membolehkannya meneruskan latihan.
"Saya menerima bantuan daripada UK Sport tetapi ia tidak mencukupi.
"Malangnya apabila berjaya ke Olimpik, anda tidak akan mendapat lebih banyak wang, tetapi melakukannya untuk membanggakan diri sendiri.
"Saya menggunakan iPhone dan Samsung hanya akan disimpan. Jadi lebih baik saya jual di eBay," katanya.
sumber : HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CAMPBELL mahu menjual telefon bimbit Sambung. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|