View: 815|Reply: 1
|
Tukang cuci sambilan menang pingat emas tinju
[Copy link]
|
|
Tokyo: Petinju Ireland, Kellie Harrington menewaskan Beatriz Ferreira dari Brazil untuk menang pingat emas tinju kategori lightweight wanita di Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
Pilihan utama berusia 31 tahun itu yang bekerja sambilan sebagai tukang cuci di hospital psikiatri di Dublin, menang gelaran itu dengan keputusan sebulat suara juri.
Beatriz, 28, yang memasuki gelanggang di Kokugikan Arena dengan sapu tangan besar berwarna biru dan kuning seperti bendera Brazil, terlebih dahulu mengejutkan Kellie dengan hook tangan kanan pada pusingan pertama.
Beatriz yang juga juara dunia 2019 kelihatan lebih agresif, tetapi Kellie kekal bertahan dan bertarung di pusingan terakhir dengan peluang seimbang.
Kellie menangis selepas keputusan memihak kepadanya manakala kontinjen Brazil yang memenuhi kawasan gelanggang hampir kosong itu menjerit tidak bersetuju dengan keputusan juri.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PETINJU Ireland, Kellie Anne Harrington menangis selepas memenangi pingat emas tinju kategori lightweight wanita (57-60kg) di Olimpik Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|