View: 981|Reply: 3
|
Marcell Jacobs disiasat polis
[Copy link]
|
|
TOKYO: Lamont Marcell Jacobs yang mengejutkan dunia apabila meraih pingat emas 100 meter Sukan Olimpik 2020, kini disiasat polis kerana didakwa membekalkan anabolic steroids.
Jacobs memenangi perlumbaan 100m dengan catatan masa 9.80 saat iaitu rekod baharu Eropah sebelum menambah satu lagi pingat emas dalam acara 4x100m.
Akhbar The Times mendedahkan, Giacomo Spazzini, atlet bina bina badan profesional yang mengambil kredit untuk kejayaan Jacobs terlibat dengan penipuan dan beberapa pertuduhan lain.
Spazzini yang juga pemilik pusat kecergasan dan pakar pemakanan, menceritakan bagaimana dia terlibat secara positif dalam karier Jacobs.
Bagaimanapun, The Times sudah melihat dokumen Polis Itali yang menceritakan bagaimana Spazzini terlibat dengan siasatan pihak berkuasa di Milan.
Mereka juga disiasat kerana menggunakan dan membekalkan dadah untuk meningkatkan prestasi atlet.
Anabolic steroids merupakan dadah yang mampu menaikkan prestasi atlet menerusi peningkatan otot terutama digunakan oleh atlet angkat berat dan bina badan.
Bagaimanapun ejen Jacobs, Marcello Magnani, mendedahkan bahawa dia sudah berpisah dengan Spazzini
“Hubungan mereka terganggu pada Mac 2021 sebaik saja Jacob sedar mengenai siasatan itu.
“Siasatan itu tidak pernah menyentuh Marcell dan atas itu kami tidak ada maklumat mengenainya,” katanya. – AGENSI.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LAMONT Marcell Jacobs ketika meraikan kejayaan menjuarai acara 100m Sukan Olimpik. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 betul clean lah karang tak pasal jd mcm ben johson plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya harap clean. Dia ni sangat berbakat dalam banyak acara. Bolasepak, bola tampar, lompat jauh, sehinggalah end up sebagai sprinter untuk team Italy. Sejarah hari tu buat Italy kerana menang dua emas berturut-turut dalam olahraga tak sampai 20 minit selepas juara lompat tinggi juga menang emas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|