View: 1018|Reply: 3
|
Juara Olimpik cilik jadi 'buruan'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo berusia 14 tahun, Quan Hongchan yang mengalahkan penerjun lebih berpengalaman termasuk bintang negara Pandelela Rinong, menjadi buruan peminat yang membanjiri rumahnya di wilayah Guangdong, selatan China.
Peminat hadir membawa makanan ringan, mesin permainan selain menawarkan wang selepas cerita mengenai penerjun berbakat itu yang mahu menang di Tokyo untuk membantu keluarga dan mengumpul wang bagi merawat ibunya yang sakit menyentuh hati rakyat negara itu.
Atlet paling muda dalam kontinjen China, Hongchan mencuri tumpuan penonton seluruh dunia dengan persembahan memukau pada pertandingan akhir 10 meter platform wanita, termasuk tiga terjunan sempurna 10 markah serta melakar rekod jumlah catatan keseluruhan 466.20 mata.
Hongchan menyatakan dia mahu 'mengumpul banyak wang' untuk merawat penyakit ibunya selain mengunjungi taman hiburan yang tidak pernah dilakukannya selama ini. Impiannya kini menjadi kenyataan.
Sebuah hospital di kampung halamannya Zhanjiang mengumumkan minggu lalu mereka akan menyediakan rawatan lengkap buat ibu selain datuknya.
Pegawai hospital itu berkata mereka bangga dengan kejayaan juara Olimpik itu dan bersedia untuk membantu keluarganya.
Kumpulan lain turut menyertai 'majlis ganjaran' buatnya. Tiga syarikat di Zhanjiang akan menyediakan rumah, kedai runcit dan bonus buatnya, menurut Persekutuan Industri dan Perdagangan Bandaraya Zhanjiang.
Beberapa taman hiburan, zoo dan pusat peranginan turut menawarkan kemasukan secara percuma kepada Hongchan dan keluarganya sepanjang hayat.
Seorang ahli perniagaan tempatan pula menawarkan wang tunai 200,000 yuan (kira-kira RM130,000) kepada bapa Hongchan tetapi ditolak. Tiga hari selepas kemenangan Hongchan, keluarganya menerima tetamu yang datang bertali arus untuk mengucapkan tahniah, ramai yang membawa makanan ringan dan mesin permainan kesukaan Hongchan.
"Dia berhak meraih kegemilangan dan hadiah," kata seorang warganet dalam laman sosial Sina Weibo.Tumpuan terhadap keluarga juara cilik itu bagaimanapun agak keterlaluan selepas beberapa peminat dan selebriti internet mencari rumahnya di kampung terpencil menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Laporan menyebut sesetengah 'live-streamer' memanjat pokok di rumahnya dan mengambil buah nangka sebagai cenderamata.
Seorang penduduk menyatakan kampung itu kini ditutup kepada orang luar termasuk saudara mara terdekatnya kerana perhimpunan besar-besaran bertentangan dengan peraturan pencegahan dan kawalan Covid-19.
Malah katanya ada yang datang ke kampung itu membuat 'livestreaming' selepas tengah malam atau dalam cuaca hujan.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HONGCHAN jadi perhatian dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
tahi lalat dia sama dengan najis lalat terpaling pe2pun tahniah u are champion world class.
bukan senang nak level elite sebab ujian doping daily, ujian macam2 , kira setiap hari akan ada pegawai check doping, kesihatan, dan mcm2 termasuk jaga kebajikan atlit.
tgk jasa datuk azizul, tanpa dia tak wujud trek basikal keirin kt nilai tu. sbb dia menang pingat kbs buka mata sukan keirin kita ada bakat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah budak kicik..
Tapi org yg mai nak livestream mlm2 tuh melampau la.. skerii..
Malah katanya ada yang datang ke kampung itu membuat 'livestreaming' selepas tengah malam atau dalam cuaca hujan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|