View: 855|Reply: 2
|
Vicki rahsia kejayaan Beasley
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Di sebalik setiap kemenangan mesti ada pendorong dan bagi jurulatih berbasikal trek negara John Beasley, isterinya Vicki adalah rahsia utamanya membimbing pelumba negara meraih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa dalam tempoh hampir 16 tahun.
Beasley, yang kembali ke Malaysia bersama pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Azizulhasni Awang serta anak didiknya Shah Firdaus Sahrom semalam, pantas menulis panjang lebar di akaun Facebook miliknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada isterinya Vicki yang banyak berkorban masa dan pandangan.
"Saya tidak boleh melakukan tugas ini tanpa sokongan Vicki, dialah jantung hati saya dan orang yang sering ada bersama tidak kira pada masa senang atau sukar. Vicki amat memahami kerana dia tahu saya terlalu mencintai dan meminati sukan ini malahan dia sendiri bekas pelumba basikal terkenal.
"Saya pasti ia membantu Vicki memahami tempoh jangka masa yang panjang apabila kami terpaksa berpisah sekalipun kempen kali ini sesuatu amat berbeza dan saya mahu menekankan pengorbanan perlu dilakukan keluarga untuk menyokong kami dalam memburu kejayaan," tulis jurulatih dari Australia berusia 59 tahun itu yang sedang menjalani kuarantin 14 hari di ibu negara.
Beasley berkata, kempen memburu emas Olimpik kali ini bermula sejak 5 Jun lalu apabila mereka kembali ke Malaysia dari Melbourne dan terpaksa menjalani kuarantin dua minggu.
"Kami pergi ke Olimpik dan meraih keputusan hebat, sekalipun ia bukan apa yang kami hajatkan, tapi pada masa sama, ia yang terbaik dapat kami lakukan buat Malaysia pada kempen kali ini.
"Kami pulang ke Malaysia dan sekali lagi perlu menjalani kuarantin dua minggu dan selepas ini, saya perlu menyiapkan pelumba muda yang akan bertanding pada kejohanan dunia. Kemudian harapnya kerajaan Australia membenarkan saya kembali ke sana sebaik selepas kejohanan dunia, perlu menjalani kuarantin dua minggu lagi sebelum bertemu keluarga saya pada pertengahan November.
"Saya tidak merungut kerana Shah Firdaus sendiri berada di Australia sejak Mac 2020 hingga kami berlepas ke Jepun pada Jun lalu, perit juga melihat Shah melalui jatuh bangun selain menangani perasaan kesunyian dan rindu kampung halaman, biasanya dia dikelilingi komuniti dan rakan sepasukan.
Beasley menyatakan bukan satu tugas mudah untuk meninggalkan isteri, keluarga dan rakan dalam memburu kejayaan. ''Jadi terima kasih tidak terhingga buat wira tidak didendang, isteri saya," tulisnya.
Selain kejayaan pingat perak Azizul di Tokyo, pelumba itu turut meraih gangsa pada temasya Rio 2016 dan muncul juara dunia pada 2017 di Hong Kong.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
VICKI bersama Azizulhasni dan Beasley. FOTO FB John Beasley |
|
|
|
|
|
|
|
Disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita hebat dibelakangnya hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|