CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 1

PKBM sasar acara pecut berpasukan

[Copy link]
Post time 11-8-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Selepas Datuk Azizulhasni Awang berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) mula membayangkan untuk Malaysia beraksi dalam acara pecut berpasukan di Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, perkara itu mungkin dapat direalisasikan seandainya Azizulhasni masih dapat beraksi di temasya berkenaan, ditambah dengan sokongan pelumba 'berani mati' Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan dilengkapi dengan tonggak muda sedang meningkat naik Fadhil Zonis.

"Itu terpulang kepadanya (Azizulhasni) untuk terus beraksi. Memang umurnya akan meningkat dan kita tidak berani cakap sebab pelumba Asia tidak sama seperti Eropah. Tapi kita harap Azizulhasni berganding lagi dengan Shah Firdaus, saya rasa boleh," kata Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab.

Ujar beliau, dengan beberapa lagi tonggak muda yang berpangkalan di Velodrom Nilai, tidak semua dapat ke Paris 2024 namun tumpuan sekarang terarah kepada trio Azizulhasni, Shah Firdaus dan Fadhil.

"Fadhil pun bagus, tiga trio ini mampu membentuk skuad pecut berpasukan, cuma keadaan sekarang yang sukar untuk pelumba kita bertanding di luar negara tatkala mendapat pelbagai jemputan perlumbaan.

"Shah Firdaus kita lihat mempunyai masa depan yang cerah. Cuma masa suku akhir sebelum ini ada kesilapan tapi apabila dia bangun dan meneruskan perlumbaan (selepas terjatuh di pusingan ketiga) ia sudah cukup bagus buat kita semua," kata Abu Samah.

Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa PKBM berasa bangga dengan pencapaian Azizulhasni dapat meraih perak walaupun impian untuk memenangi emas tidak kesampaian.

"Memang kami bangga dengan kejayaan Azizulhasni, sebelum ini di Rio dia meraih gangsa, 2020 dia memenangi perak sedikit sahaja lagi untuk mendapatkan emas.

"Saya bersama semua ahli exco dan majlis serta juga seluruh rakyat Malaysia bersyukur dan ingin mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni," katanya.

Azizulhasni yang juga bekas juara dunia mempamerkan peningkatan mendadak apabila pada penampilan pertamanya di Olimpik iaitu 2008 di Beijing dia menduduki tempat ke-10, sebelum melonjak ke kedudukan keenam empat tahun kemudian di London.

Selepas meraih gangsa di Rio lima tahun lalu, kini pelumba kelahiran Dungun itu terus melonjakkan pencapaiannya dalam acara berkenaan dengan membawa pulang perak.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2021 09:02 AM | Show all posts

Aksi Azizulhasni Awang dalam perlumbaan keirin lelaki diVelodrom Izu. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045398 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list