CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 1

Selangor beri RM10,000 buat atlet negeri ke Paralimpik Tokyo

[Copy link]
Post time 11-8-2021 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Kerajaan Selangor akan memberi sumbangan RM10,000 seorang kepada dua atlet negeri itu yang akan mewakili negara ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sumbangan akan diberikan kepada Muhammad Ziyad Zolkefli yang akan bertanding dalam acara lontar peluru F20 dan Muhammad Hafiz Jamali yang bersaing dalam acara lumba basikal trek satu kilometer sebelum mereka berlepas ke Tokyo, Jepun.

"Jumlah sumbangan yang diberikan kepada atlet paralimpik ini adalah sama seperti jumlah yang diberikan kepada atlet Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 22 atlet termasuk empat atlet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 5 September ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu iaitu Phee Jinq En (renang), Lee Hup Wei (lompat tinggi), Gavin Kyle Green (golf) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) untuk perbelanjaan mereka di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang melabuhkan tirainya 8 Ogos lalu.

Mengulas mengenai persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020, Mohd Khairudin berkata atlet masih berlatih secara individu di rumah dengan dipantau jurulatih melalui video serta mereka perlu mengemukakan ujian kecergasan masing-masing setiap dua minggu sekali kepada jurulatih.

"Penangguhan penganjuran Sukma Johor 2020 tidak menjejaskan semangat atlet Selangor untuk terus berlatih sehingga mendapat tarikh baharu bagi pelaksanaan Sukma.

"Kita juga sedang merancang latihan secara 'bubble' (gelembung sukan) namun kita perlu menunggu sehingga tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa dua bermula," katanya.

Mohd Khairuddin berkata sekiranya latihan dapat dijalankan pihaknya meletakkan sasaran beberapa acara seperti renang, olahraga, menembak dan memanah untuk menyumbang pingat utama bagi Selangor.

sumber : HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2021 06:44 PM | Show all posts

Ziyad Zolkefli ketika beraksi dalam acara melontar peluru kategori F20 dalam satu kejohanan sebelum ini. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.062626 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list