CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 5

Isteri tunjang kejayaan Azizul

[Copy link]
Post time 11-8-2021 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan mereka yang meramalkan kariernya akan hancur, mempunyai perut buncit dan lutut longgar apabila menamatkan zaman bujang a pada usia 22 tahun, adalah tidak benar.

Sebaliknya, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo yang membina mahligai perkahwinan bersama Datin Athiah Ilyana Abd Samat, 35, pada 2010 bersyukur apabila kariernya masih bertahan dan terus mengecap pelbagai kejayaan sehingga hari ini.

"Pepatah 'di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat' adalah benar sama sekali. Saya buktikan itu (stigma) semua dusta, syukur alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa.

"Orang hanya lihat kejayaan saya hasil daripada kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu daripada isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya," katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook dan Instagram hari ini.

Hasil perkahwinan Azizulhasni, 33, dan Athiah Ilyana itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Amna Maryam, 8, dan Amna Khadeeja, 5. Isterinya sedang mengandung anak ketiga mereka.

Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' itu turut mengambil kesempatan memberi penghargaan kepada kedua ibu bapanya iaitu Selamiah Yong dan Awang Embong.

Katanya, ibunya dengan rela hati terpaksa melepaskan beliau berhijrah ke Kuala Lumpur ketika berusia 16 tahun demi mengejar cita-cita menjadi atlet negara dan situasi itu menyebabkannya amat jarang berjumpa apatah lagi meluangkan masa bersama keluarga seperti orang lain.

"Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma (ibu) masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara," katanya.

Sementara itu, Azizulhasni yang mesra disapa 'Jijoe' menyatakan semangat bapanya yang merupakan pesakit demensia dan pernah diserang strok sebelum ini, sentiasa bersama dalam dirinya walaupun jarang dapat bersua.

Juara keirin dunia 2017 itu berkata hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perasaannya sebaik mendapat perkhabaran bapanya dimasukkan ke hospital akibat strok beberapa hari sebelum ke Jepun.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada adik-beradiknya di Terengganu yang menjaga bapanya dengan rapi seterusnya mereka memintanya memberi tumpuan penuh menggalas cabaran negara di Velodrome Izu.

Pada aksi final keirin lelaki Ahad lalu, penyandang juara Jason Kenny dari Great Britain mengesahkan pingat emas untuk mengekalkan gelarannya manakala Azizulhasni melintasi garis penamat untuk pingat perak dan gangsa pula milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen.

sumber : HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2021 06:52 PM | Show all posts

ATHIAH dan anak meraikan kemenangan Azizul.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah wife jijoe. Ramai atlet malaysia lepas kahwin prestasi menurun. Tp jijoe sebaliknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 07:55 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 11-8-2021 07:50 PM
Tahniah wife jijoe. Ramai atlet malaysia lepas kahwin prestasi menurun. Tp jijoe sebaliknya

itula..contohnya atlet bolasepak..lepas kawen je lemau
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 11-8-2021 07:55 PM
itula..contohnya atlet bolasepak..lepas kawen je lemau

Tak lupa juga pada hafizh syahrin kihkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 08:04 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 11-8-2021 08:01 PM
Tak lupa juga pada hafizh syahrin kihkih

ntahla..hapiz tu banyak faktor...antaranya team support beliau yg tak betul2 bagi komitmen..masa kat team petronas ok la..drop bila pindah team mat salleh..now masuk team cap ayam..tapi masih dpt point kira ok la..cuma nak berjaya kena pindah team,susah duk team cap ayam..atau pencen terus lepas ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.294385 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list