|
Kuala Lumpur: Jurulatih berbasikal negara, John Beasley menyatakan kesanggupannya untuk terus kekal bersama skuad basikal negara dalam misi pemburuan emas di Olimpik Paris 2024.
Malah tiada masalah buat Beasley untuk terus bersama skuad negara andai khidmatnya masih diperlukan.
Jurulatih kelahiran Australia itu berjaya membentuk jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menukar warna pingat daripada gangsa di Olimpik Rio kepada perak di Olimpik Tokyo.
Biarpun impiannya untuk melihat warna emas tidak kesampaian namun Beasley tidak berputus asa dan akan terus mencuba serta memberi yang terbaik buat negara.
Ketika ini, sandaran bukan hanya pada Azizul tapi negara juga sudah boleh mengharapkan kepada Muhammad Shah Firdaus dan seorang lagi pelumba Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang sebelum ini pernah menumbangkan jaguh Asia yang lain.
"Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana ia tidak terjadi (menang emas) di Tokyo. Kami sudah memberikan yang terbaik namun kami tetap puas hati dengan perak.
"Terima kasih atas sokongan anda semua. Saya sangat bangga menjadi jurulatih trek Malaysia," katanya.
Kata Beasley apa yang berlaku di ketika final keirin tempoh hari itu sesuatu di luar jangkaan malah ia langsung tidak dijangka.
"Saya akui, perasaan saya ketika final keirin tempoh hari sukar untuk gambarkan. Kerana kita mempunyai pelumba keirin terbaik dunia.
"Namun ada ketikanya ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Malang bagi kami kerana kami belum pernah melalui perlumbaan seperti itu.
"Saya yakin ia tidak akan berulang lagi. Semua sudah berlaku dan kami akan meneruskan perjuangan untuk membawa pulang sesuatu yang sangat penting untuk Malaysia," katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley |
|
|
|
|
|
|
| |
|