View: 791|Reply: 2
|
Atlet negara tidak boleh berlengah lagi
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sebaik berakhirnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet negara tidak boleh berlengah lagi dan perlu melakukan persiapan dengan kadar segera berikutan hanya mempunyai tempoh dua tahun setengah sebelum bermulanya temasya yang sama di Paris.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa, persiapan bagi menuju temasya berkenaan harus bermula dari sekarang.
"Selepas selesai kuarantin, atlet yang bertanding harus meneruskan program latihan mereka dan bagi pelapis muda pula pendedahan secara awal perlu dilakukan," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Beliau berkata, atlet negara perlu menyertai kejohanan antarabangsa dan tidak perlu diperap lagi dengan hanya menjalani latihan di dalam negara.
"Apabila hanya berlatih saja mereka tidak mempunyai kecergasan semasa perlawanan mahupun pertandingan. Sama seperti acara terjun di mana saya mendapat maklumat mereka berjaya melakukan terjunan yang sangat baik ketika dalam latihan namun tidak mampu memberikan prestasi sebenar sama seperti latihan.
"Kecergasan semasa perlawanan dan pertandingan sangat berbeza daripada pertandingan. Berbeza ketika di Rio di mana kita melakukan persediaan lebih besar dengan menyertai jumlah pertandingan yang banyak," katanya.
Ujar Sadek, pemain badminton remaja misalnya berjaya menunjukkan prestasi yang menarik sejak kebelakangan ini, jadi pendedahan harus diberikan sebanyak mungkin agar boleh merapatkan jurang dengan pemain berpengalaman.
"Mereka memerlukan kecergasan dan pengalaman bertanding di kejohanan besar, selain dalam tempoh dua tahun ini mengutip mata untuk ranking.
Jadi setiap persatuan sukan harus mempunyai keberanian sambil dibantu oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
"Beri mereka ruang dan pengalaman bertanding di kelas lebih kompetitif bukannya di kejohanan bertaraf kelas B mahupun C. Mereka perlu pemahaman dari segi semangat juang, kualiti, strategi dan kenal pasti lawan secepat mungkin.
"Apabila mereka kerap berjumpa di pertandingan antarabangsa ia dapat mengurangkan gerun dan mengubah perasaan terlalu hormat pemain lawan. Barulah selesa untuk bertanding," katanya.
Pada Olimpik Tokyo 2020, kontinjen negara berjaya membawa pulang dua pingat iaitu melalui Datuk Azizulhasni Awang (perak acara keirin) dan gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gangsa).
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beregu negara Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik memenangi gangsa di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 12-8-2021 11:18 AM
PARIS 2024 nampak menarik. Tokyo 2020 terlalu pantas, sterile dan downgrade sangat dari segi entertainment value. boleh dah start simpan duit lebih. Yela kita bukan "ditanggung kerajaan" macam mp kawasan village people sorang tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|