View: 1070|Reply: 1
|
Tiga emas jadi taruhan di Paralimpik 2020
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Yakin dengan kemampuan barisan atlet paralimpik negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga pingat emas menyamai apa yang pernah dilakukan oleh kontinjen negara lima tahun lalu di Rio.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada satu sidang media secara maya hari ini.
Katanya, harapan pingat diletakkan kepada empat acara sukan iaitu olahraga, badminton, powerlifting dan menanah berdasarkan kedudukan semasa dan ranking atlet negara ketika ini.
"Saya rasa semua boleh mengagak atlet yang diletakkan sasaran untuk pingat ini. Tapi saya tidak mahu menyebutkan nama mereka bimbang ia akan memberi tekanan.
"Tapi berdasarkan sukan yang dinyatakan saya rasa semua tahu siapakah atlet yang disandarkan harapan," katanya.
Katanya, berdasarkan kedudukan ranking semasa, lima atlet berada dalam kedudukan terbaik untuk pingat.
Mereka terdiri daripada atlet lontar peluru negara, Muhamad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Ridzuan Mohd Puzi (olahraga), Cheah Liek Hou (badminton), Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) dan S Suresh (memanah).
"Liek Hou kini menduduki ranking kedua dunia. Dia beraksi dengan cemerlang meraih kemenangan di Dubai dan Sepanyol.
"Bonnie juga berada dalam kedudukan terbaik apabila mencipta rekod baru dunia sebelum ini dan dia berada di ranking pertama dunia.
"Jadi saya percaya atlet kita mampu untuk mengharumkan nama negara dan bukan hanya mereka malah atlet yang lain juga boleh cipta kejutan nanti," katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BONNIE antara atlet yang bakal menjadi tumpuan di Paralimpik Tokyo. FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|