View: 859|Reply: 1
|
Keluarga penerjun sensasi China tolak ganjaran lumayan
[Copy link]
|
|
Guangdong: Keluarga Quan Hongchan, penerjun China yang memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo, menolak pemberian dan wang ganjaran yang ditawarkan selepas mereka mula mengetahui kehidupan biasa atlet berbakat itu.
Quan adalah bintang China paling menyerlah di Olimpik Tokyo kerana atlet berusia 14 tahun itu mendominasi acara terjun dan membawa pulang pingat emas.
Bukan sahaja cemerlang ketika di Olimpik, namun dia dilihat seorang gadis yang sangat berkarisma sekali gus menyaksikannya menjadi selebriti selepas berakhir temasya sukan terbesar dunia itu.
Rakyat China bukan sahaja mula mencari latar belakangnya, malah memberikan hadiah dan tawaran lumayan termasuk masuk mengubah kampungnya kepada sebuah sektor pelancongan.
Ibu atlet itu sakit selepas mengalami kecederaan serius akibat kemalangan pada 2017 dan mereka menyara hidup hasil gaji dari ladang oren bapanya.
Media tempatan melaporkan kampung Quan dekat Maihe di wilayah Guangdong, menjadi tumpuan ramai selepas dia mempamerkan aksi cemerlang pada final acara 10 meter (m) plaform individu wanita di Tokyo minggu lalu.
Quan Wenmao, bapa kepada atlet berkenaan pada Ahad lalu ditawarkan sebuah flat, hartanah komersial dan wang sebanyak AS$30,800 (RM130,000).
Bagaimanapun dia menolak kesemua tawaran itu, lapor Southern Metropolis Daily.
"Saya berterima kasih kepada mereka kerana datang ke tempat saya. Tetapi saya tak mengambil apa-apa. Saya tak ambil wang," katanya tiga hari selepas anaknya memenangi pingat emas di Olimpik.
Dia juga meminta orang ramai yang hadir ke rumahnya supaya pulang.
"Mereka boleh mengucapkan tahniah dari jauh. Tidak perlu sehingga hadir ke sini. Ia mengganggu hidup kami," katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
QUAN bersama pingat emas dimenanginya. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|