View: 840|Reply: 2
|
Malaysia layak hoki Piala Dunia Remaja
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengesahkan skuad remaja lelaki negara layak beraksi pada saingan Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung di India bermula 24 November hingga 5 Disember ini.
Timbalan Presiden KHM, Datuk Dr S Shamala, berkata skuad bimbingan Wallace Tan layak berdasarkan kiraan mata yang dilakukan Persekutuan Hoki Asia (AHF) selepas Kejohanan Remaja Asia dibatalkan.
Katanya, berdasarkan kiraaan mata, Malaysia berada di kedudukan ketiga dengan 57.6 mata di belakang India (62.3 mata) yang turut layak sebagai tuan rumah selain Pakistan (56.1 mata) dan Korea Selatan (55.1 mata).
"Kiraan mata ini dibuat mengikut formula yang dibuat AHF termasuk berdasarkan keputusan skuad remaja dan senior dalam beberapa kejohanan sebelum ini termasuk edisi terakhir Kejohanan Remaja Asia, Sukan Asia dan Piala Asia.
"Keputusan skuad senior turut diambil kira memandangkan tidak banyak kejohanan remaja yang berlangsung. KHM sememangnya menyambut baik keputusan AHF yang membatalkan Kejohanan Remaja Asia tahun ini kerana kes COVID-19 masih tinggi.
"Jadi, dengan ketetapan yang sudah dibuat ini, mudah untuk kami melakukan persiapan bagi menghadapi Piala Dunia," kata Shamala kepada BH Sukan.
Shamala berkata memandangkan Wilayah Persekutuan masih di fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), KHM akan membuat memohon kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan barisan pemain remaja negara turun menjalani latihan sebagai persiapan ke India.
"Kami berharap pasukan ini boleh memulakan latihan pada hujung bulan ini. Kami percaya permohonan kami akan dipertimbangkan memandangkan pasukan ini akan beraksi dalam Piala Dunia," katanya.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Timbalan Presiden KHM, Datuk Dr S Shamala. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah team Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|