CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 1

Bitah bertanding 10m platform di Paris?

[Copy link]
Post time 13-8-2021 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri adalah antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Bekas Olimpian, Bryan Nickson Lomas berpendapat pengalaman Dhabitah yang pernah bertanding dalam acara 10m platform wanita sebelum ini perlu diberi perhatian Persekutuan Renang Malaysia (MAS) untuk digandingkan bersama ratu terjun negara, Pandelela Rinong bagi mencerahkan peluang meraih pingat di Paris 2024.

"Dhabitah adalah atlet 'versatile' (serba boleh) kerana jarang sekali penerjun boleh bersaing dalam dua acara, 10m platform dan 3m papan anjal.

"Tidak mustahil jika Dhabitah tersenarai kelak, beliau bersama pasangannya mungkin boleh mencabar kedudukan pingat dalam acara 10m platform seirama wanita," katanya.

Mun Yee yang bergandingan bersama Pandelela dalam acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, tidak berjaya menyerlah apabila sekadar menamatkan acara berkenaan di tempat kelapan dan terakhir.

Dhabitah bersama Mun Yee pernah meraih gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Mun Yee, 36, sebelum ini melahirkan hasrat akan bersara pada hujung tahun ini dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Bryan, 31, yakin sekiranya Nur Dhabitah mampu mengekalkan tahap konsistensi dan terjunan cantik selain melakukan darjah kesukaran dengan sempurna, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mampu menghadiahkan pingat buat negara dalam acara 3m papan anjal wanita individu di Paris 2024.

Walaupun terlepas peluang meraih pingat pada acara 3m papan anjal wanita individu selepas menduduki tangga keempat di Olimpik Tokyo, Nur Dhabitah yang tidak pernah lekang dengan senyuman sepanjang saingan berlangsung berjaya menambat hati rakyat Malaysia susulan aksi konsisten dipamerkannya di Pusat Akuatik Tokyo.

Dalam pada itu, Bryan yang mencatat sejarah menjadi atlet termuda negara bertanding pada temasya edisi Athens 2004 ketika berusia 14 tahun, percaya Pandelela akan terus mengetuai cabaran Malaysia di Paris 2024.

Pemilik sebuah gimnasium di Shah Alam, Selangor, itu berkata pemenang gangsa London 2012 itu masih mampu menghasilkan terjunan berkualiti walaupun Pandelela, 28, bakal menginjak ke usia 31 tahun dalam masa tiga tahun akan datang.

Beliau pada masa sama menyifatkan nasib sememangnya tidak menyebelahi kem terjun negara apabila tidak berupaya membawa pulang sebarang pingat berbanding dua edisi sebelum ini yang berjaya membawa pulang gangsa pada London 2012 dan perak di Rio 2016.

Jelasnya, beliau secara peribadi masih boleh menerima keputusan dicatatkan barisan atlet terjun negara namun sesuatu harus dilakukan sekiranya mereka tidak merangkul sebarang pingat pada Paris 2024.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 08:21 PM | Show all posts

Aksi penerjun negara, Nur Dhabitah dalam acara 3m papan anjal wanita individu peringkat akhir di temasya Olimpik Tokyo 2020. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.345365 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list