Author|Post time 25-8-2021 08:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by NekNgah at 25-8-2021 08:24 PM
Dari Oh! Bulan
Menonjolkan tentang kehidupan masyarakat Orang Asli, drama Anak Sena akan bersiaran di slot Lestary TV3 bermula 26 Og0s ini menggantikan drama Hello Jangan Tapau Cintaku.
Drama bersiri 8 episod terbitan Kembara Sufi dan arahan Bahri Uma ini menampailkan barisan pelakon hebat tanah air antaranya Ben Amir, Shasha Abedul, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah.
Mahu anak berpelajaran
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Sena (lakonan Ruzaidi Abdul Rahman), tok batin berketurunan orang asli Bateq yang tinggal di pendalaman hutan tetap mementingkan pelajaran dengan menghantar anaknya, Wadi (lakokan Hadi Putra) ke sekolah. Setiap pagi, dia akan memandu bot membawa sejumlah murid – murid dari kampungnya meredah sungai hulu tembeling ke sekolah.
Bagi Sena, anak-anaknya terutamanya Wadi dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, timbuhan, akar kayu dan rotan.
Konflik tercetus apabila Cikgu Amir, lakonan Ben Amir memarahi Wadi kerana sikapnya yang sambil lewa dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Sejak kejadian itu, Wadi tidak lagi ke sekolah dan berbohong kepada ayahnya. Wadi akhirnya melarikan diri ke kota menaiki sebuah lori.
Adakah Sena bakal menjejaki Wadi? Mampukan Cikgu Amir menyesuaikan diri dengan kehidupan di kawasan pendalaman? Saksikan drama Anak Sena di slot Lestary TV3 bermula 26 Ogos, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.
Author|Post time 25-8-2021 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by NekNgah at 25-8-2021 05:06 PM
Harian Metro Online
SLOT Lestary TV3 terus setia menyajikan kandungan menarik, penuh inspirasi dan pengajaran untuk tatapan seisi keluarga.
Terbaharu, drama bersiri Anak Sena bakal menemui penonton bermula 26 Ogos ini.
Drama bersiri lapan episod itu mengisahkan mengenai kehidupan Sena, tok batin berketurunan orang asli Bateq yang berusaha memastikan anak orang asli mendapat pendidikan sempurna.
Setiap pagi, dia akan memandu bot membawa sejumlah murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling untuk ke sekolah.
Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan memburu binatang, mencari makanan, tumbuhan, akar kayu dan rotan.
Bagi Sena, anak-anak orang asli perlu menguasai ilmu hutan dan ilmu sekolah.
Menjadi kebiasaan bagi anak orang asli datang sedikit lewat ke sekolah kerana terpaksa meredah hutan dan perjalanan menaiki bot ke sekolah juga memakan masa lama.
Anak Sena ditayangkan mulai 26 Ogos di slot Lestary TV3
Mohammad Asyraf Khalib
Drama Anak Sena menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Ben Amir, Shasha Abedul, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah.