Kebanyakan drama Melayu masih tidak boleh lari dari tahap keparitan. Makna kata tiada kajian lanjut dibuat untuk menghidupkan drama daripada segi pemilihan para pelakon, skrip, gaya lakonan, latar tempat dan masa dan pakaian serta tema drama.
Tadi saya tertonton satu drama Melayu di TV Al-Hijrah bertajuk "Mak, Abang Nak Kahwin". Tidak diketahui yang drama ini baru ditayangkan atau hanya drama ulangan.
Saya sangat 'cringe' melihat jalan cerita drama tersebut. Sudah-sudahlah pamerkan drama bertemakan cinta tapi menunggang agama. Sungguh tidak membangunkan ummah. Dari awal hingga akhir episod asyik bercinta-cintun, tiada hala tuju. Watak perempuan adalah dari London bernama Jennifer tapi langsung tidak terdengar loghat Londoner, lebih kedengaran Bahasa Inggeris loghat Datin Kiah yang baru berjinak-jinak bergaul dengan golongan kayangan. Raut wajah pun tak ada iras mat salleh dari London, lebih kepada raut mat salleh campuran Melayu.
Jalan cerita pula, alahai.. Lemah longlai. Tiada semangat hendak memotivasikan penonton. Asyik nak bernikah kahwin sahaja. Dan seperti biasa mesti ada kaum keluarga yang menghalang. Plot cerita dah boleh diagak. Nak kata pihak produksi nak jimatkan kos pengeluaran, produksi tersebut bukan calang-calang. Dah mengaut untung berjuta-juta hasil box office filem-filem terdahulu.
Sudah sampai masanya pihak produksi mencontohi drama-drama dari negara luar terutama dari barat. Bagaimana mereka mengolah drama untuk menampakkan kesan realistik, mengkaji sesuatu untuk menghasilkan skrip yang berkesan. Bosanlah penonton jika asyik dihidangkan dengan tema yang sama. Lemah longlai oiiiiii!
Post time 22-8-2021 05:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tv al hijrah ni stakat nk tayang drama di mana pelakonnya perlu bertudung je
siang malam berhijab walau scene atas katil nk tido
mcm bodoh je si tukang beli content drama kat tv al - hijrah ni
penerbit and pengarah pun senang je..suruh je pelakon sauk tudung asal bleh jual drama ke tv alhijrah
dan of course,konsep drama tetappp sama..balik2 cite psl kawen kawen kawen...mcm la ummah meleis ni sume akan mampos kalo tak kawen
Author|Post time 22-8-2021 07:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-8-2021 05:59 PM
tv al hijrah ni stakat nk tayang drama di mana pelakonnya perlu bertudung je
siang malam berhijab w ...
TV Al Hijrah nieyh iols dah lama perati. Stesen tv tangkap muat segala produk timbang kilo, segala drama cintan cintun bersadur agama kekonon. So sad untuk sebuah stesen yang mengangkat agama katenyer.
Author|Post time 22-8-2021 07:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 22-8-2021 06:48 PM
Mmg la rupa melayu.. tania hudson ka?
Iyer kaka. Okaylah boleh diskaun ropa meleis sikit2 tapi slang ittuew pliss stadi slang londoners. Or mana2 British slang. Tengok citer harry potter pun okay ajer.
Post time 22-8-2021 08:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
AnnaSendin replied at 22-8-2021 07:38 PM
Iyer kaka. Okaylah boleh diskaun ropa meleis sikit2 tapi slang ittuew pliss stadi slang londoners. ...
Alaa drama..
Kalau realiti jaman now, org2 kg lagi megah kott.. jaman dolu2 jahh deme tak suka. Siap fengshan kalau anak bawak balik omputih.. giteww..
Post time 23-8-2021 12:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
krustykrab replied at 22-8-2021 10:35 PM
Lps kawin wajib scene mengandung, beranak dpt baby...hahahah
Pencapaian terhebat org melayu
mmg akak rasa nak baling lesung batu kat script writer ya...dgn tema mcm gampang, yg x abih2 psl kawen.
pastu dialog asal boleh and dialog pun bodoh2 je mcm awak dah makan? Awak suka saya? Awak keluar dgn pompuan mana tadi? Mak nak jodohkan ko dgn anak acik munah, Papa harap kamu kawen la dgn anak tan sri tu
Ya Ampun...x membina minda lgsg dialog mcm sial ni sume
tengok filem indo The Wedding , oasal kahwin juga tp menarik dan penuh rencah..simple je tema nk kawin berbeza agama,,tapi aku layan..tmbh2 pula bila senguk sket adat perpatih..woah..menarik la dgr bahasa perpatih tu....