View: 799|Reply: 1
|
Naomi sedia pertahan trofi Terbuka AS
[Copy link]
|
|
New York: Juara bertahan Naomi Osaka memburu trofi ketiganya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam empat percubaan manakala pilihan pertama yang juga juara Wimbledon, Ashleigh Barty mengetuai senarai pencabar.
Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada New York dapat menyaksikan kebangkitan semula Naomi yang menjuarai dua Grand Slam sebelum ini.
Bintang Jepun berusia 23 tahun itu menyalakan kawah obor di Olimpik Tokyo namun sejak itu dia hanya dua kali beraksi sebelum bermula kejohanan Isnin ini.
"Saya tahu banyak aspek permainan perlu saya perbaiki jadi ada kebaikannya apabila saya tewas kerana saya tahu di mana kelemahan sebelum aksi di New York," kata Naomi.
"Saya dapat rasakan tahap saya tidaklah terlalu jauh. Jika saya mahu terus positif dengan diri sendiri, saya perlu fikirkan apa yang boleh saya perbaiki dan sudah tentu ada banyak aspek.''
Naomi menarik diri daripada Terbuka Perancis selepas didenda susulan enggan ditemu bual wartawan dengan alasan ia menjejaskan mentalnya.
Dia kemudiannya melupakan Wimbledon tetapi bercakap dengan media selepas kejohanan pemanas badan di Cincinnati.
Ashleigh pula yang menduduki ranking nombor satu buat minggu ke-83 berturut-turut berada di kemuncak prestasi selepas menjuarai Wimbledon dan Cincinnati.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NAOMI perbaiki kelemahan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|