View: 1370|Reply: 2
|
SRT bakal berwajah baharu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sepang Racing Team (SRT) akan mengumumkan siapakah penaja utama pasukan itu untuk musim depan sebelum Grand Prix (GP) Misano berlangsung pada 19 September ini.
SRT secara keseluruhannya akan tampil dengan berwajah baharu bersama entiti yang berbeza.
Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali pada sidang media secara maya semalam memaklumkan, pasukan itu akan diuruskan oleh beliau bersama rakan kongsi Johan Stigefelt yang mula dikenalinya sejak 2014.
"Ketika ini kami sedang dalam perbincangan fasa akhir mengenai penaja utama tahun depan. Setakat ini, saya adalah pengarah perlumbaan dan Stigefelt akan ambil alih pasukan.
"Mungkin ia gabungan Malaysia dan Sweden. Apapun identiti pasukan baru itu akan diumumkan sebelum Misano," katanya.
Sementara itu Razlan mengesahkan bahawa SRT tidak akan mempunyai pelumba dalam kelas Moto2 dan Moto3 dan hanya akan memberi tumpuan kepada MotoGP.
Bagi beliau, pembabitan dalam MotoGP adalah penting untuk meneruskan kesinambungan dalam kejuaraan dunia biarpun Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Petronas menarik diri sebagai penaja.
"Strategi kita adalah menyelamatkan penyertaan dalam MotoGP. Ini kerana pembabitan dalam MotoGP ini susah nak dapat dan kalau kita tarik diri mungkin kita tak akan dapat tempat lagi di Kejohanan Dunia.
"Dorna (pemegang hak kejuaraan) sudah memaklumkan hanya membenarkan 12 penyertaan untuk tahun depan dan lima tahun akan datang dan hanya terhad kepada 24 pasukan.
"Itu sebabnya saya rasa penyertaan dalam saingan itu sangat berharga," katanya.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
SRT hanya akan mempunyai kategori MotoGP sahaja musim depan. FOTO Petronas SRT |
|
|
|
|
|
|
|
Good ... So british GO this week takde SRT Ek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|