CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 1

Syabas Abu Samah!

[Copy link]
Post time 28-8-2021 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Atlet tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan memulakan aksi dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan pada pusingan pertama ke atas pemain Costa Rica, Jose Pablo Gil, 4-6, 6-3, 6-2.

Begitupun Abu Samah terlebih dahulu dikejutkan lawan apabila tewas di set pertama namun bangkit mempamerkan aksi tangkas untuk menang dua set seterusnya.

Pemain berasal dari Perak itu dipaksa bermandi peluh bertarung selama selama dua jam 19 minit sebelum menundukkan Gil yang kali terakhir di tewaskannya di pentas separuh akhir Terbuka MTA, April lalu.

Bagaimanapun, Abu Samah, 36, dijangka berdepan laluan sukar apabila akan bertemu pilihan kelapan dari Belanda, Tom Egberink, Ahad ini.

Berdasarkan rekod pertemuan nyata tidak memihak kepadanya apabila tewas dua kali kepada Egberink di suku akhir Terbuka Busan pada 2014 dan 2015.

Namun dibekalkan jentera baru berteknologi Jepun, Abu Samah mungkin mampu membalas dendam kekalahan itu seterusnya mara ke pusingan ketiga.

"Alhamdulillah diberi peluang kepada saya bertemu lawan ini di pusingan pertama. Ia tak mudah bila set pertama saya banyak ikut rentak permainan dia.

"Tapi pada set kedua dan ketiga saya mula menguasai perlawanan dan elakkan kesalahan yang tidak sepatutnya," katanya.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 07:14 AM | Show all posts

AKSI Abu Samah hari ini. FOTO Ihsan Majlis Sukan Negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.095873 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list