View: 710|Reply: 1
|
Faizal Azumu harap kerjasama semua pihak pacu KBS
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia memacu arena sukan tempatan ke tahap lebih hingga peringkat antarabangsa.
Faizal yang dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui peranan barunya di kementerian itu bukan mudah namun percaya menerusi pendekatan kekeluargaan serta perpaduan yang erat misi berkenaan mampu dicapai.
Katanya, beliau mengharapkan sokongan padu termasuk semua pemegang taruh seperti belia, persatuan-persatuan sukan, tokoh sukan mahupun atlet bagi menjayakan misi itu.
"Saya menjunjung setinggi kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan kepercayaan Perdana Menteri untuk memberi khidmat bakti melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
"Saya amat berbesar hati berpeluang untuk memberi khidmat kepada seluruh warga belia Malaysia. Saya juga bersyukur dapat berperanan dalam meletakkan sukan sebagai pemangkin perpaduan dan melonjakkan nama negara di persada dunia," katanya yang juga mantan Menteri Besar Perak.
Pemilihan Faizal sebagai Menteri Belia dan Sukan dianggap tepat dan pembabitannya dalam bidang sukan terbukti selepas mengemudi kejayaan Perak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2018 lalu.
Malah, beliau juga antara tokoh yang cukup mencintai arena sukan tanahair terutamanya bola sepak. Faizal sebelum ini pernah memegang jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Perak dari 2018-2021.
Sepanjang tempoh berkenaan, beliau berjaya menghadiahkan trofi Piala Malaysia pada 2018 serta membawa skuad The Bos Gaurus itu beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia pada 2019.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AHMAD Faizal Azumu. FOTO Mohd Yusni Ariffin |
|
|
|
|
|
|
| |
|