CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 1

PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV - Faizal Azumu

[Copy link]
Post time 31-8-2021 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 31-8-2021 10:22 PM


OLAHRAGA

PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTVOleh Syafiq Aznan
Ogos 31, 2021 @ 10:06pm
[email protected]

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/ur

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kanan) sahkan Malaysia buat bantahan selepas kemenangan Ziyad dibatalkaàà

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga 'merompak' pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.

"Protes sudah dihantar. Termasuk semua bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di 'call room' dan luar 'call room. Doakan," katanya menerusi akaun Facebooknya.

Sementara itu, isteri kepada Ziyad, Zafirah Mohd Nasir menjelaskan jaguh lontar peluru para negara itu hanya lewat dua minit sebelum memasuki bilik menunggu sebelum beraksi di final, petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ziyad kepada Zafirah menerusi satu temubual yang dilangsungkan di Astro Arena, sebentar tadi.

"Dia masuk lambat. Dia bercakap dengan ibunya, dia lewat dalam dua minit... tak sempat... Harapan mestilah supaya dia menang kerana dia sudah banyak berkorban untuk pergi ke Tokyo. Kita doakan apa yang terbaik untuk dia.

"Saya cakap kepadanya yang dia sudah melakukan yang terbaik. Jika tak layak pun, saya tahu dia sudah lakukan yang terbaik," kata Zafirah.

Sementara itu, bapanya, Zolkefli Othman menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian kepada Ziyad sebagai atlet negara dan mengharapkan berita baik dapat berpihak kepada Ziyad dan juga negara.

"Mungkin (lewat) tak jadi masalah pada dia tetapi pihak lawan memandang itu sebagai satu perkara yang sangat besar dan punca masalah. Bagi dia, mungkin biasa sebab bukan masa yang lama, hanya dua minit.

"Kita bersabar dan mungkin ini satu ujian kepadanya. Inilah cabaran kepada keluarga, nak tunggu bertanding pun berdebar. Sudah menang dan gembira, berdebar balik," katanya





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Ziyad... semoga pingat dipulangkan kembali kepada Ziyad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 1.036379 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list