View: 1351|Reply: 1
|
Verstappen juara GP Belgium
[Copy link]
|
|
Spa-Francorchamps, Belgium: Juara dunia, Lewis Hamilton menyifatkan aksi perlumbaan Grand Prix Belgium yang tergendala dengan hujan lebat sebagai 'sandiwara' dan 'perbincangan wang' selepas persaingan gelaran Max Verstappen diumumkan sebagai pemenang dalam aksi yang berlangsung dua pusingan.
Dalam perlumbaan terpendek dalam sejarah hanya 14 kilometer (km) dan semua pelumba berada di belakang kereta keselamatan, grand prix itu tergendala selama tiga setengah jam.
Namun selepas dua pusingan, perlumbaan ditamatkan apabila keadaan dianggap terlalu berbahaya di trek Ardennes yang mana pelumba Formula 2 Anthoine Hubert meninggal dunia pada 2019.
"Perbincangan wang. Hanya dua pusingan. Ini semua senario wang," kata Hamilton yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di belakang Verstappen dan George Russell untuk Williams.
"Oleh kerana setiap orang mendapat semula wang, saya rasa peminat juga perlu mendapatkan wang mereka juga kerana mereka tidak dapat melihat apa yang mereka harapnya dan bayar.
"Saya suka berlumba dalam hujan tapi hari ini berbeza. Anda tidak boleh melihat kereta di depan anda. Hujan sangat lebat. Ia musibah di landasan. Anda tidak boleh melihat jarak lima meter di depan anda, kereta di depan hilang."
Hamilton kini mendahului Verstappen dalam perebutan gelaran dengan hanya tiga mata, meneruskan kritikan.
"Hari ini satu sandiwara," kata pelumba berusia 36 tahun dalam Instagram.
"Satu-satunya orang yang kalah adalah peminat. Kami tidak dibenarkan berlumba hanya satu alasan dan satu alasan saja.
"Kami tidak seharusnya disuruh berhenti, tidak mempertaruhkan pelumba dan yang penting kembalikan wang peminat yang menjadi nadi dalam sukan kita."
Dalam satu kenyataan FIA dan Formula 1 berkata mereka "kecewa untuk semua peminat di trek dan di rumah bahawa perlumbaan hari ini tidak dapat berlangsung dalam jumlah jarak sebenar tapi keselamatan pelumba, marshal dan penonton adalah keutamaan." - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
HAMILTON kecewa selepas hanya sempat beraksi dua pusingan. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|