CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 1

KBS pertimbang SUKMA Johor 2020 guna pendekatan Olimpik Tokyo

[Copy link]
Post time 8-9-2021 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji kaedah penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020, termasuk menggunakan pendekatan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya akan mempertimbangkan temasya sukan itu tanpa kehadiran penonton serta penyelarasan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, kerajaan Johor begitu teliti daripada segi persiapan termasuk penyelenggaraan venue SUKMA 2020 yang dibuat dengan baik dan bersedia untuk menganjurkannya.

"Soal penganjuran, kita (KBS) akan meneliti cara terbaik bagi SUKMA Johor 2020. Ia masih dalam perbincangan kaedah penganjurannya dan berlangsung secara tertutup (tanpa penonton) antara yang akan dibincangkan.

"Saya juga akan bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi membincangkan perkara itu.

"Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk gelembung atlet memandangkan penganjuran temasya ini turut membabitkan atlet kemungkinan berusia bawah 17 tahun yang belum menerima vaksin," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin, hari ini.

Beliau berkata, isu sama turut berlaku apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membatalkan Piala Presiden dan Piala Belia.

"Bagi saya ini adalah satu keputusan yang bertanggungjawab kerana agak sukar mengawal pemain jumlah yang begitu besar untuk mengadakan gelembung sukan.

"Kebanyakan daripada mereka belum divaksin, jadi kita bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan mereka. Maka FAM buat keputusan yang bertanggungjawab dan penilaian sama akan dibuat untuk SUKMA Johor," katanya.

Semalam, Onn Hafiz memaklumkan Johor bersedia menjadi tuan rumah SUKMA pada tahun depan selepas ditangguhkan dua kali sebelum ini berikutan pandemik Covid-19 pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2021 09:24 PM | Show all posts

AHMAD Faizal. FOTO Arkib NTSP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.325571 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list