CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1035|Reply: 1

Pengusaha fasiliti sukan gulung tikar

[Copy link]
Post time 9-9-2021 06:44 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Faedah pinjaman sehingga empat peratus (%) ditambah urusan birokrasi yang terlalu rigid menyaksikan kebanyakan pengusaha pusat sukan mencari alternatif lebih pantas dengan mendapatkan bantuan ceti haram atau along bagi mengelak premis disita atau jatuh muflis.

Walaupun menyedari pilihan itu menjerat mereka, itu antara jalan lebih pantas berbanding mendapatkan bantuan Tekun Nasional dan syarikat perbankan yang meletakkan kadar faedah amat tinggi tatkala kebanyakan pemilik fasiliti sukan semakin nazak susulan penutupan premis disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun lalu.

Lebih parah, kegagalan membayar bunga dalam tempoh ditetapkan menyebabkan ada pengusaha diburu along dengan pelbagai ugutan dan ancaman.

Situasi itu diakui Presiden Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia, Krishna Kumar yang mengesahkan terdapat beberapa laporan berkenaan isu terbabit dengan anggaran hutang menelan hampir jutaan ringgit.

Malah sebenarnya, sejak PKP 1.0 hingga 3.0 yang berterusan hampir 18 bulan, dianggarkan 1,000 pengusaha dan fasiliti pusat sukan gulung tikar termasuk pusat gimnasium, padang bola sepak dan gelanggang badminton di seluruh negara.

Katanya, berdasarkan kaji selidik dilakukan terhadap 500 pusat gimnasium dari Perlis ke Sabah, hampir RM200,000 hingga RM800,000 hutang yang ditanggung akibat penutupan premis pusat sukan sejak awal setahun lalu.

"Memang ada kes along apabila pengusaha pusat sukan seperti gimnasium tiada pilihan lain membuat pinjaman kerana beza faedah empat peratus diletakkan Tekun atau bank cukup tinggi, dan nilai itu sama dengan along," katanya. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2021 06:47 AM | Show all posts

Presiden Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia, Krishna Kumar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048133 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list