View: 1919|Reply: 2
|
Tanggal kondom tanpa izin salah di sisi undang-undang California
[Copy link]
|
|
Pelaku yang mencabut kondom tanpa persetujuan akan berdepan tindakan undang- undang. -Alamy Stock Photo
Tanggal kondom tanpa izin salah di sisi undang-undang California
SACRAMENTO. California – Wakil-wakil rakyat di California mengambil langkah untuk menjadikan negeri itu yang pertama melarang ‘stealthing’ atau perbuatan menanggalkan kondom tanpa izin semasa melakukan hubungan intim, lapor akhbar New York Post semalam.
Kelmarin, anggota-anggota pentadbiran tempatan mengemukakan rang undang-undang tersebut kepada Gabenor California, Gavin Newsom.
Ia menjadikan perbuatan mencabut kondom tanpa persetujuan lisan semasa melakukan persetubuhan sebagai salah di sisi undang-undang.
RUU tersebut bagaimanapun bukan kanun jenayah. Ini bermakna, mangsa boleh melakukan tindakan saman sivil terhadap pelaku.
Anggota Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat, Cristina Garcia telah meminta agar undang-undang tersebut dilaksanakan sejak tahun 2017 lagi.
Ketika itu, satu kajian oleh Universiti Yale menyatakan bahawa tindakan mencabut kondom tanpa persetujuan pasangan meningkat terhadap wanita dan lelaki gay. Garcia bagaimanapun mahu menjadikan perbuatan itu sebagai jenayah serius.
Namun, penganalisis-penganalisis perundangan mengatakan pada masa itu bahawa tindakan itu sudah boleh dianggap sebagai kesalahan seksual walaupun ia tidak disebut secara khusus dalam kanun jenayah.
Ia bagaimanapun sukar diadili kerana kesukaran untuk membuktikan sama ada pelaku melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja.
Garcia berkata, perbuatan itu boleh menyebabkan kemudaratan fizikal dan emosi jangka panjang kepada mangsanya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Seriuslah??
Ni gosip apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Salah thread. Buka bod berkaitan |
|
|
|
|
|
|
| |
|