View: 1534|Reply: 1
|
Bagnaia raih kemenangan sulung MotoGP
[Copy link]
|
|
ARAGON – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mencipta kejutan apabila berjaya menjuarai trofi kemenangan sulungnya selepas tampil cemerlang ketika bersaing di Grand Prix (GP) Aragon sebentar tadi.
Bagnaia yang diberi kepercayaan untuk menyertai pasukan pengeluar Ducati untuk menggantikan tempat Andrea Dovizioso musim ini membuktikan dia layak bersama pasukan Itali itu.
Pelumba berusia 24 tahun tersebut yang memulakan saingan di petak pertama mengekalkan tunggangan cemerlang meskipun diasak hebat pelumba Repsol Honda, Marc Marquez.
Bagaimanapun, Marquez dilihat gagal mengejar dan terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan tempat kedua. Ia adalah keputusan kedua terbaik selepas menjuarai saingan ketika di GP Jerman pada Jun lalu.
“Saya sangat beremosi hari ini kerana saya bekerja keras untuk meraih kemenangan pada hari ini. Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika berjaya meraih kemenangan pertama saya.
“Saya akui bukan mudah bila anda berdepan dengan Marquez dan saya mengekalkan tunggangan sebaik mungkin meskipun diberi tentangan cukup hebat. Terima kasih kepada pasukan yang melakukan terbaik sepanjang minggu ini,” kata Bagnaia.
Juara dunia 2020, Joan Mir mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga manakala pendahulu kejuaraan dari pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo yang dijangka menjuarai saingan itu sekadar mengakhiri saingan tempat kelapan meskipun memulakan perlumbaan petak ketiga
Hasil keputusan tersebut, Quartararo masih mendahului saingan dengan 214 mata keseluruhan sekali gus mempunyai kelebihan 53 dengan Bagnaia yang berada di kedudukan kedua dengan 161 mata. Juara dunia musim lalu, Mir di kedudukan ketiga selepas mengumpul 157 mata. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagnaia |
|
|
|
|
|
|
| |
|