CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 1

Pink Racing sedia lepas geram di Sepang

[Copy link]
Post time 12-9-2021 09:23 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS lebih lima bulan berehat, deruman enjin Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 akhirnya kembali bersambung dengan perlumbaan pusingan ketiga dan keempat akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) 17 hingga 19 September ini.

Semua pasukan bertanding termasuk Tuneboss-Pink Racing nampaknya sudah tidak sabar untuk melepaskan geram masing-masing selepas lama menyepi tanpa sebarang perlumbaan gara-gara pandemik Covid-19.

Pemilik Pink Racing, Nur Atikah Azwar, 25, tanpa berselindung mengakui pasukannya cukup teruja menjelang perlumbaan tersebut, lebih-lebih lagi mereka baru sekali melakukan latihan di atas jentera sejak litar kembali dibuka.

“Perasaan sekarang memang rasa tidak sabar untuk perlumbaan bersambung semula, namun pada masa sama agak gementar kerana menjelang perlumbaan itu nanti, Pink Racing ada sedikit kejutan.

“Sejak trek dibuka beberapa minggu lepas, pelumba-pelumba baru turun sekali melakukan latihan. Oleh itu, mereka memang tunggu masa untuk ‘lepas gian’ pada perlumbaan di Sepang nanti,” katanya ketika dihubungi Kos-mo! semalam.

Atikah yang lebih mesra disapa Ika berkata, tempoh seminggu sebelum perlumbaan akan digunakan sebaiknya oleh pasukan itu bagi melakukan persiapan, sekali gus membolehkan para pelumba kembali mendapatkan rentak tunggangan.

Memandangkan mereka sudah mengharungi dua pusingan perlumbaan pada Mac dan April, para pelumba dan mekanik pa-sukan hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari pela-rasan sempurna untuk jentera.

“Perancangan pasukan untuk tempoh lebih kurang seminggu sebelum perlumbaan adalah untuk buat persiapan terakhir kerana pelumba-pelumba dijangka berkumpul Isnin ini (esok) untuk menguji jentera.

“Dalam dua pusingan perlumbaan sebelum ini, memang pasukan sudah hampir dapatkan pelarasan terbaik. Bagaimanapun, untuk perlumbaan ini, pelumba sendiri perlu tentukan sama ada ia sesuai ataupun tidak dengan tunggangan mereka,” ujarnya. - Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 09:24 PM | Show all posts

NUR ATIKAH (kanan) mengakui pasukannya cukup teruja menjelang perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) 17 hingga 19 September ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.280304 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list