View: 1245|Reply: 1
|
Badang remaja usah patah semangat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Salah seorang daripada atlet angkat berat yang didapati positif doping anabolic steroid dinasihat untuk tidak patah semangat dan bangkit kembali selepas prosiding pendengaran selesai.
Atlet berusia 19 tahun dari Terengganu itu masih berpeluang untuk terus terbabit dalam sukan angkat berat selepas hukuman tamat kerana masih muda.
Jurulatih yang pernah melatih atlet berkenaan, Amirul Hisham Kamal berkata, perkara itu sudah pun berlaku dan setiap atlet angkat berat perlu mengambilnya sebagai iktibar.
"Dia pernah menghubungi saya dan memberitahu keadaannya. Sepanjang bersama saya, dia seorang atlet yang tidak banyak masalah tapi saya tapi pasti bagaimana perkembangannya selepas dia berpindah ke MSN (Majlis Sukan Negara).
"Sama ada dia baru nak belajar atau terikut kawan itu saya tak tahu. Tapi bagi remaja yang baru berusia 19 tahun dan dengan umur yang masih muda, saya harap dia tidak putus asa. "Perjalanannya masih jauh dan saya harap dia tabah dengan apa yang terjadi dan ambil perkara ini sebagai satu iktibar," katanya.
Terdahulu Amirul berkata, atlet berkenaan sebelum ini memang memaklumkan kepadanya bahawa dia pernah mengalami sakit belakang dan menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN).
Selain itu, dia turut memaklumkan ada mengambil pelbagai makanan tambahan. Bagaimanapun, atlet remaja itu sudahpun menghantar surat kepada Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) dan kini menunggu proses pendengaran berlangsung bersama seorang lagi atlet angkat berat iaitu pemenang pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad.
Jika disabit dengan kesalahan mereka berdepan penggantungan maksimum selama empat tahun. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hiasan |
|
|
|
|
|
|
| |
|