CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 1

Nazim sasar pamer aksi cemerlang di Monza

[Copy link]
Post time 14-9-2021 06:54 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Sebaik sahaja lagu Negaraku menggegarkan Litar Red Bull Ring, Austria semalam, pelumba muda negara, Nazim Azman akan memberi fokus kepada perlumbaan seterusnya di Litar Monza, Itali pada 26 September ini.

Menurut Nazim, dia bertekad untuk mengekalkan momentum kecemerlangan itu di Monza sebelum saingan musim 2021 melabuhkan tirainya selepas saingan terakhir di Litar Catalunya pada 24 Oktober ini.

"Satu keputusan yang hebat untuk saya kerana buat masa ini kami sudah meraih enam podium dan kemenangan ini menjadikan ia kepada tujuh," kata Nazim yang mewakili pasukan CryptoTower Racing.

Kejayaan pemandu berusia 20 tahun itu meraih kemenangan sulungnya di EuroFormula Open 2021 merekodkan penamat di podium buat kali ketujuh musim ini.

"Ia sesuatu yang baik apabila meraih kemenangan. Terima kasih kepada semua, ayah dan semua yang membantu saya ke sini. Saya teruja untuk perlumbaan seterusnya dan harap dapat meraih sesuatu yang baik sekali lagi (di Monza)," katanya.

Nazim menamatkan Perlumbaan 1 di Litar Red Bull Ring dengan berada di tempat keenam sebelum bangkit memenangi Perlumbaan 2 dengan catatan masa 34 minit 00.256 saat.

Berada di tempat kedua adalah pelumba Turki, Cem Bolukbasi dari pasukan Van Amersfoort Racing dengan catatan 34:00.988s manakala Louis Foster (Great Britain) yang juga rakan sepasukan Nazim, melengkapkan podium (34:02.250s).

Begitupun, Nazim tidak dapat mengulangi pencapaian berada di podium pada Perlumbaan 3 dengan menamatkan saingan di tempat keempat.

Nazim kini berada di tangga keempat keseluruhan dengan 220 mata manakala Cameron Dias dari Amerika Syarikat mengungguli tangga teratas dengan mengumpul 273 mata.

Foster berada di tangga kedua dengan 272 mata manakala Jak Crawford (Amerika Syarikat) ketiga, 244 mata. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 06:59 AM | Show all posts

Nazim Azman menduduki podium pada perlumbaan EuroFormula Open 2021. FOTO Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.083693 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list