|
Kuala Lumpur: Kejayaan merangkul tiga kejuaraan belum cukup buat pemain beregu campuran muda negara Veleree Siow yang masih dahagakan lebih banyak kejuaraan.
Ia baru permulaan perjalanan dalam karier dan Veleere mengakui dia mengidamkan untuk merangkul lebih banyak kejayaan berprestij.
Di kejohanan Antarabangsa Ukraine, Veleree yang bergandingan bersama Yap Roy Kin menewaskan pilihan ketujuh dari Jerman Johannes Pistorius-Emma Moszczynski 21-19, 21-12 dalam tempoh 29 minit.
Mengakui sangat gembira selepas dinobatkan juara di kejohanan itu Veleere bagaimanapun mengakui dia masih perlu memperbaiki mutu permainannya terutama persefahaman dengan rakan gandingannya, Roy Kin.
"Kejohanan kali ini memberi banyak pengalaman baru kepada saya. Bukan senang nak menang kejohanan ini. Tapi rakan sepasukan banyak berikan dorongan kepada saya.
"Ia satu kejayaan yang cukup menggembirakan dan saya akan terus berusaha untuk meraih lebih banyak lagi kejayaan selepas ini," katanya.
Bersama Roy Kin, Veleeree berjaya meraih dua kejohanan iaitu Cabaran Antarabangsa Hellas dan Cabaran Antarabangsa Latvia. Manakala dia yang pernah bersama Low Yee Yuan pula muncul juara acara beregu wanita di Terbuka Slovenia, Cabaran Antarabangsa Hellas. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
VALEREE dan Roy King muncul juara di Ukraine. FOTO BAM |
|
|
|
|
|
|
| |
|