View: 1351|Reply: 1
|
McGregor sudah boleh lakukan tendangan
[Copy link]
|
|
London: Bintang sensasi UFC, Conor McGregor percaya dia sudah bersedia untuk melakukan tendangan, kurang 10 minggu selepas mengalami patah kaki.
McGregor mengalami patah kaki pada Julai lalu ketika aksi pusingan pertama pertarungan dengan Dustin Poirier dalam kategori lightweight saingan UFC 264.
Proses pemulihan bintang berusia berusia 33 tahun itu berjalan lebih cepat berbanding apa yang dijangkakan yang mana dia sebelum ini dikatakan terpaksa berehat sekurang-kurangnya sehingga Julai tahun depan.
"Saya berasa seperti mampu untuk menendang sekarang. Secara jujurnya saya berasa mampu untuk menendang tetapi saya perlu mendengar nasihat doktor dan orang yang membantu saya.
"Itulah yang saya lakukan setakat ini, saya komited terhadap proses pemulihan saya dan saya sudah boleh kembali berdiri. Saya sangat teruja apabila dapat kembali berdiri," katanya.
Jaguh Amerika Syarikat, Poirier menewaskan McGregor untuk memenangi pertarungan lightweight UFC di Las Vegas Julai lalu selepas pencabarnya itu patah kaki kiri di pusingan pembukaan.
Pertarungan terpaksa dihentikan oleh doktor pada penghujung pusingan pertama selepas McGregor yang cuba melepaskan tumbukan terjatuh ke belakang dengan kakinya terhimpit di tepi oktagon. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MCGREGOR (tengah) secara jujurnya berasa mampu untuk menendang tetapi perlu mendengar nasihat doktor. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|