CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1177|Reply: 1

Ujah positif doping, perak 4x100m Britain mungkin lebur

[Copy link]
Post time 16-9-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
London: Pingat perak yang dimenangi kuartet 4x100 meter (m) Britain di Sukan Olimpik Tokyo 2020 hampir pasti ditarik balik selepas Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) mengesahkan sampel B CJ Ujah diuji positif bahan terlarang.

ITA, berkata Ujah memberikan sampel pada 6 Ogos lalu, hari yang sama ketika dia menjadi sebahagian daripada kuartet Britain yang meraih perak di belakang Itali.

Jika kemenangan Britain ditarik balik, Kanada akan dihadiahkan pingat perak manakala China meraih gangsa.

"ITA mengesahkan seperti yang diminta oleh atlet, ujian sampel B dilakukan oleh makmal yang diiktiraf WADA (Agensi Antidoping Dunia) di Tokyo pada 19 Ogos 2021 dan ujian mendapati keputusannya adalah sama seperti sampel A.

"ITA akan merujuk kes ini kepada Bahagian Antidoping Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS ADD)," kata ITA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Ujah didapati positif menggunakan bahan terlarang jenis Ostarine dan S-23.

Ia adalah bahan yang biasa digunakan untuk membina otot. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 10:50 AM | Show all posts

UJAH didapati positif menggunakan bahan terlarang jenis Ostarine dan S 23. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 1.832836 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list