|
Los Angeles: Sepanjang kariernya, Justin Gaethje hanya tewas tiga kali ketika menentang Eddie Alvarez, Dustin Poirier dan yang terbaru dikalahkan Khabib Nurmagomedov pada Oktober tahun lalu.
Dia tidak berasa malu tewas kepada kesemua pencabar handalan itu tetapi dia mengakui The Eagle tampil berbeza daripada yang lain.
Dalam temuramah bersama media baru-baru ini, Gaethje berkongsi pengalamannya bertarung dengan jaguh dari Rusia itu di UFC 254.
'Tewas kepada Dustin dan Eddie tidak sama dengan yang ini. Ia sangat menyakitkan. Saya tak tahu, saya berikan segalanya ketika itu tetapi dia memang jaguh yang hebat. Dia bertarung seolah-olah bapanya yang sudah meninggal dunia ada di sisinya. Saya dapat berasakan kekuatannya ada di sana.
''Pertarungan menentangnya tidak selalu berlaku. Sukar untuk saya tewaskannya. Dia satu dalam sejuta, anda tidak akan dapat berbuat apa-apa.''
''Ia pentas terbesar di dunia dan saya cuba mengejar hadiah nombor satu namun saya gagal. Anda hanya boleh meraihnya jika anda seperti Khabib.''
Gaethje akan kembali ke oktagon selepas setahun berehat dan akan menentang Michael Chandler di UFC 268 pada November. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|