View: 2023|Reply: 1
|
Muzakkir teruja kembali berlumba
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Litar Antarabangsa Sepang kini kembali membahang apabila siri Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia akan memulakan saingan selepas tertangguh lebih lima bulan, hujung minggu ini.
Pastinya kelas perdana CP150 akan mencuri tumpuan dengan persaingan masih terbuka kepada semua pelumba.
Apa tidaknya selepas enam perlumbaan sebelum ini semuanya dimenangi oleh pelumba yang berbeza menguasai kedudukan podium.
Nazirul Izzat Bahauddin dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor kini menguasai kedudukan carta keseluruhan dengan 29 mata selepas muncul juara perlumbaan pada pusingan kedua.
Mengekori rapat adalah pelumba dari ONEXOX TKKR Racing Team, Muzakkir Mohamed yang hanya ketinggalan satu mata selepas dipintas Nazirul.
Bagi Muzakkir dia kini tidak sabar untuk kembali beraksi biarpun mengakui memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan jentera bagi mendapatkan kembali gaya tunggangan terbaik.
"Selepas lima bulan tak berlumba dengan jentera saya akui sangat tidak sabar dan teruja untuk beraksi terutama ketika peluang dilihat seimbang untuk semua.
"Tambahan pula beraksi di litar Sepang dengan trek yang besar ini, perlumbaan pasti dalam satu kelompok yang ramai. Yang penting kena ada strategi bersama rakan pasukan supaya kami boleh menang," katanya yang mengharapkan dapat menamatkan saingan di kedudukan podium dan meraih sebanyak mata yang boleh.
Terdahulu Muzakkir mencipta kejutan apabila meraih kemenangan sulung peribadi dalam kelas perdana pada perlumbaan pembuka tirai musim ini, namun hanya meraih tiga mata pada pusingan kedua untuk berada di tempat kedua keseluruhan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MUZAKKIR ketinggalan satu mata di belakang Nazirul dalam kelas CP150. |
|
|
|
|
|
|
| |
|