CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2099|Reply: 1

Zaqhwan lega kembali gegar litar

[Copy link]
Post time 23-9-2021 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Hampir dua tahun berehat akhirnya pelumba berpengalaman negara, Zaqhwan Zaidi kembali turun menggegarkan litar Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara, minggu lalu.

Namun penampilannnya itu bukan dalam kelas perdana CP150 dan tugasnya pada kali ini adalah untuk membantu pasukan Boon Siew Honda Racing Team membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D) terhadap jentera Dash dalam kelas CP125.

Zaqhwan berkata, kali terakhir dia menyertai kejohanan adalah pada 2019 sebelum berehat panjang berkiutan kebanyakan kalendar perlumbaan disertainya seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Kejuaraan Seluruh Jepun (AJRRC) terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

"Rasa gembira sebab sudah lama tidak berlumba iaitu hampir dua tahun tidak turun ke litar dan apabila ada perlumbaan tempatan ini, kita tak ada peluang lain dan itu saja yang boleh disertai.

"Sebelum ini, kami menunggu lampu hijau daripada pasukan dan apabila sudah diluluskan dan kebetulan pada minggu itu juga perlumbaan, tentu saja saya gembira walaupun tidak meletakkan sasaran apapun terhadap jentera.

"Ini kerana kami hanya mahu melakukan R&D terhadap motosikal, memberikan maklumbalas untuk bantu Honda kerana pada masa ini Honda agak bergelut dalam kelas CP125, jadi saya bantu mana yang boleh," katanya.

Zaqhwan yang pernah beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 itu, menamatkan Perlumbaan 3 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara minggu lalu di tempat ke-10 dan ke-12 pada Pusingan 4.

Selain itu, katanya, perlumbaan Pusingan 5 dan 6 dijadual berlangsung di Litar Permotoran Terengganu dari 1 hingga 3 Oktober ini, dia sudah bersedia untuk mencari rentak tunggangannya.

"Mungkin di Terengganu juga kami akan sertai sehingga ke penghujung musim ini. Untuk menunggang (motosikal di cub prix) senang...cuma enjin mungkin sedikit bergelut kerana masih perlu mencari pelarasan terbaik. Banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2021 06:58 AM | Show all posts

ZAQHWAN bersama jentera Honda Dash CP125. FOTO Zaqhwan Zaidi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068112 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list