CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2030|Reply: 1

GP Miami berlangsung Mei tahun depan

[Copy link]
Post time 24-9-2021 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Sochi: Perlumbaan pertama Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Miami akan dilangsungkan pada 8 Mei 2022, jelas penganjur dalam satu kenyataan.

Saingan berkenaan akan diadakan di Miami Gardens, lebih kurang 30 kilometer (km) dari tempat ikonik, Miami Beach.

Litar berkenaan dibina di sekeliling Stadium Hard Rock, gelanggang rasmi bagi pasukan bola sepak Amerika Syarikat yang beraksi di Liga Bolasepak Kebangsaan (NFL).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dolphins, Tom Garfinkel akan bertindak sebagai promoter bagi perlumbaan berkenaan.

"Pembinaan litar berjalan seiring dengan apa yang kami harapkan dan sekarang tarikh kami disahkan dengan F1.

"Kami akan sentiasa memberikan perkembangan semasa dengan lebih teliti mengenai pengalaman yang bakal kami lalui di litar nanti," kata Ketua Eksekutif GP, Richard Cregan.

Amerik Syarikat (AS) menganjurkan perlumbaan itu di Austin, Texas sejak 2012 namun F1 mahu meneroka dengan lebih luas lagi di negara yang lebih terkenal dengan perlumbaan IndyCar dan NASCAR.

GP Miami adalah yang pertama di Florida sejak perlumbaan sulung GP AS di Sebring International Raceway pada 1959, di mana Jack Brabham ketika itu kehabisan minyak menuju 400 meter ke garisan penamat dan terpaksa menolak jenteranya untuk memperoleh kejuaraan dunia. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 09:22 PM | Show all posts

GP Miami yang akan diadakan di sekeliling Stadium Hard Rock. FOTO Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.163720 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list