View: 1489|Reply: 6
|
[Sarawak]
Pengedar dicekup sedang lalok
[Copy link]
|
|
BAU: Tiga lelaki warga tempatan lalok diberkas dalam satu serbuan di Kampung Nowang Batu 5, di sini hari ini.
Ketiga-tiga suspek berusia 22, 32 dan 42 tahun masing-masing berasal dari Kampung Grogo, Nowang dan Stenggang.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek tidak menyedari kehadiran polis semasa serbuan dilakukan sekitar jam 10.15 pagi.
Menurutnya, hasil pemeriksaan, suspek yang berusia 22 tahun dalam keadaan gementar telah menyerahkan satu plastik lutsinar berisi enam peket plastik lutsinar dari dalam beg sandangnya.
"Hasil semakan mendapati enam peket plastik tersebut berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya dengan berat kasar 30.81 gram," katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut kemudian dijalankan terhadap dua lagi suspek dan menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi dadah seberat 1.18 gram di atas meja tempat kedua-dua mereka berada.
Menurutnya, dadah yang dirampas adalah sebahagian yang belum digunakan dan dijual.
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek telah bergiat aktif dalam aktiviti dadah yang diperolehi daripada rakan kemudian sebahagiannya untuk dijual.
Katanya juga, kegiatan suspek telah dikesan hasil maklumat orang ramai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

|
|
|
|
|
|
|
|
suspek yang berusia 22 tahun dalam keadaan gementar telah menyerahkan satu plastik lutsinar berisi enam peket plastik lutsinar dari dalam beg sandangnya.
nak jual la tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sygnya baru umo 22 thn |
|
|
|
|
|
|
|
jika itu jalan yang dia pilih ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik pula umur mereka tersusun 22 32 42..tapi semua bengap...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
sehingga baca komen ni ...
tak perasan sblom tu 
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadehhhhh tak pernah habis kes dadih2 ni
Tak syok kottt jadik manusia berguna |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|