View: 2407|Reply: 8
|
[Borneo]
Perlepasan 215 orang pelajar tajaan MARA ke United Kingdom
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 26-9-2021 03:43 PM
Kemeriahan di Lapangan Terbang KLIA semalam, dipenuhi dengan kehadiran para pelajar tajaan MARA yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Namun semuanya mengikut SOP yang ditetapkan.
Perlepasan 215 orang pelajar tajaan MARA ke United Kingdom pada Sabtu 25 September 2021.
Seramai 187 orang pelajar daripada Program Young Talent Programme (164 orang Kolej MARA Banting, 22 orang Kolej MARA Seremban), IPMA Excellent Student Programme 28 orang dan seorang dari Program World Top University.
Penerbangan menggunakan Pesawat Khas Malaysia Airlines. Waktu perlepasan adalah jam 9.50 pagi tadi.
Destinasl yang dituju ialah Heathrow Airport, Manchester Airport dan Edinburgh Airport. Kebanyakan pelajar ini akan mengikuti pengajian di Imperial College London, University College London, London School Of Economics and Political Science, University of Edinburgh, University of Manchester, King's College London dan lain-lain.
Antara kursus yang ditaja ialah Engineering, Computer Science, Economics & Finance, Biomedical Sciences, Psychology, Botechnology, Forensic Sciences, Actuarial Sciences dan lain-lain.
Turut hadir ke Lapangan Terbang KLIA pagi tadi adalah Unit Penajaan dan Unit Pemantauan Luar Negara antaranya En.Karim, En.Shahril Shamin, En.Hansah serta Puan Siti Maizura. Malah Pengarah BPP turut hadir iaitu Pn. Siti Aminah Abdul Kadir ditemani oleh Puan Nor Azlini dan En.Hasnim bagi memantau dan bertemu dgn para pelajar buat kali terakhir sebelum mereka berlepas pergi.
Tahniah! semuanya dari kami warga Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Sumber : Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA



|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah adik-adik ... belajar rajin-rajin ...
semoga sentiasa dalam lindungan NYA ... aamiin
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah adik adikku..semoga dipermudahkan urusan dalam jihad mencari ilmu.Ya Allah..jagalah mereka |
|
|
|
|
|
|
|
best betul...tgk dkt utube aku pon..rmai betul yg pos vdeo perjalanan dri klia ke tmpat pengajian masing2
ada ke paris, ada ke US, ad ke UK... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk kt tiktok.. ramai pos p study ovesi
Selamat belajaq adik2.. selamat maju jaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah adik2.. Blaja rajin2 & semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Stop je lah hantar students pi obersi gini. Local je sudah. Hehe #dengkike #makabahiolsponsponsorgak |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar baik2. Bukan semua orang dapat peluang macam ni.
Jangan lupa diri bila kat tempat orang. Jaga kelakuan. Ingat tujuan sebenar dalam gembira nak ke tanah orang tu.
All the best. |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita tengok brapa banyak yang balik ke Malaysia nanti. #buangduitrakyat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|