|
Leuven: Pelumba Itali, Elisa Balsamo muncul juara acara lebuh raya wanita Kejohanan Dunia sekali gus menamatkan penguasaan Belanda yang sebelum ini mengungguli selama empat tahun berturut-turut.
Pelumba berusia 23 tahun berjaya mengetepikan cabaran yang diberikan juara dunia tiga kali dari Belanda Marianne Vos untuk meraih jersi pelangi dalam perlumbaan sejauh 157.7 kilometer.
Elisa melintasi garisan penamat dengan mendepakan tangan untuk meraikan kejayaan itu, tatkala dia menjadi pelumba Itali pertama meraih kejuaraan sejak Giorgia Brozini meraih kejuaraan kedua buat dirinya pada 2011.
Sementara itu, tempat ketiga diraih oleh pelumba Poland, Katarzyna Niewadoma meraih gangsa.
Bagi pasukan Belanda yang dibarisi pelumba handalan dunia, ia adalah kegagalan berprofil tinggi buat kali kedua selepas pelumba amatur dari Austria, Anna Kiensehofer meraih emas di Sukan Olimpik Tokyo.
Tidak hairanlah mengapa Marianne menangis selepas melintasi garisan penamat, manakala Elisa pula menghamburkan pujian kepada rakan sepasukan kerana membantunya untuk meraih kejayaan.
"Saya hilang kata-kata, tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya ketika ini. Ia memang luar biasa.
"Pasukan saya memang terbaik. Tanpa mereka jersi ini sukar diraih, jadi saya sangat berterima kasih kepada mereka.
"Mereka berjaya mengemudi perlumbaan dengan baik, saya percaya dengan kemampuan mereka dan selepas selekoh terakhir, barulah saya berkira-kira untuk melakukan henjutan selaju mungkin," kata Elisa - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|