View: 1425|Reply: 1
|
Alaphilippe puas pertahan kejohanan dunia
[Copy link]
|
|
Leuven: Penyandang juara, Julian Alaphilippe muncul juara acara lebuh raya Kejohanan Dunia semalam selepas berjaya mengetepikan pencabarnya yang dengan melakukan beberapa pemecahan solo di Flanders.
Pelumba Perancis itu mula mengorak langkah ketika perlumbaan berbaki 50 kilometer (km) untuk membentuk kumpulan kecil dibarisi 17 pelumba elit dan sekali lagi dia membuat serangan solo 15km menuju garisan penamat sekali gus berjaya memenangi perlumbana sejauh 268km.
Empat pelumba bersaing sesama sendiri dengan tempat kedua diraih Dylan van Baarle dari Belanda dan tempat ketiga milik wakil Denmark, Michael Valgren.
Alaphilippe memenangi perlumbaan dengan gaya yang sama di Itali tahun lalu.
Belgium diletakkan sebagai pilihan untuk memenangi perlumbaan namun ketua pasukan, Wout van Aert dilihat bergelut pada 15km terakhir.
"Saya rasa mereka (penonton) mengharapkan Van Aert untuk memenangi perlumbaan dan kebanyakannya kurang senang melihat saya melintasi garisan penamat.
"Ia membuatkan saya berasa lebih gembira untuk memenangi perlumbaan di sini," kata Alaphilippe.
Pengurus pasukan Perancis, Thomas Voekler kerap kali mengulangi perkataan 'hilang kata-kata' ketika memeluk Alaphilippe.
"Kami tidak merancang untuk melakukan perlumbaan seperti ini," kata Alaphilippe. - HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ALAPHILIPPE puas selepas menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat di kejohanan dunia. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|