CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 6

[Sabah] 160kg bernilai RM8,000

[Copy link]
Post time 28-9-2021 10:03 AM | Show all posts |Read mode
rezeki tak pernah salah alamat ...

IKAN kerapu gergasi atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “keratang” seberat 160 kilogram (kg) berjaya ditangkap di sini, dan dijual dengan harga RM8,000 kepada sebuah restoran makanan laut, Fishermen Harbour Restaurant di Paragon, Labuan semalam.

Dullah Latif, 64, berkata beliau mengarahkan pekerjanya ke perairan Marine Farms (kira-kira 100 batu nautika dari Labuan) untuk memancing pagi Sabtu, apabila mereka dikejutkan dengan kemunculan ikan gergasi itu, Ahad.

“Selepas lebih 30 minit ‘bergelut’ dengan joran, akhirnya barulah kelibat ikan itu kelihatan di permukaan, dan sebaik sahaja mereka nampak (ikan), mereka menjerit kegembiraan, dan mulanya mereka tidak sedar betapa sukar untuk membawa ikan itu naik... tiga orang diperlukan untuk menaikkan ikan itu ke dalam bot,” katanya.

Kerapu yang ditangkap itu berukuran lebih dari tujuh kaki (2.1 meter) panjang.

Dullah berkata ini bukan kali pertama beliau mendapat ‘habuan besar’, kerana menurutnya pada bulan Februari 2019 lepas, beliau pernah menangkap ikan seberat 241kg, yang dijual pada harga RM13,225, dan diikuti dengan tangkapan seberat 165kg dan 135kg.

Menurut nelayan tempatan, ikan gergasi dari keluarga kerapu itu boleh hidup 30 hingga 50 tahun.

Pemilik Fishermen Harbour Dylan Chua berkata ikan itu akan dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam mi sup mereka yang cukup terkenal, direbus dengan sos coklat dan diadun dengan cendawan.

“Ikan itu juga boleh digunakan untuk menu popular kami - digoreng dengan halia dan daun bawang dan digoreng dengan sos kacang hitam,” katanya.

-- BERNAMA





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 11:51 AM | Show all posts
tak liat k kalau besar mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 01:27 PM | Show all posts
helicornia replied at 28-9-2021 11:51 AM
tak liat k kalau besar mcm ni
Pemilik Fishermen Harbour Dylan Chua berkata ikan itu akan dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam mi sup mereka yang cukup terkenal, direbus dengan sos coklat dan diadun dengan cendawan.

“Ikan itu juga boleh digunakan untuk menu popular kami - digoreng dengan halia dan daun bawang dan digoreng dengan sos kacang hitam,” katanya.
kalo dah tauke kedai makan tu kata gtu ...tak la kot ...


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 02:20 PM | Show all posts
Rezeki mereka, kita tumpang gembira sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow besarnya. Lagi besar dari org yg bergambar kat sebelah. Entah berapa keturunan ketapu lah punya besar ni. Mesti kat laut dalam. Cukup makan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 08:13 AM | Show all posts
Biasanya kalau ikan besar macam ni, restoran kepunyaan org org cina yang akan beli. Selain harga yang mahal, rasanya org melayu biasanya suka makan ikan bersaiz kecil atau yg biasa saja. Saya pun kurang sikit kalau ikan terlalu besar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-9-2021 09:55 AM | Show all posts
acikbrown replied at 29-9-2021 08:13 AM
Biasanya kalau ikan besar macam ni, restoran kepunyaan org org cina yang akan beli. Selain harga yan ...
mungkin sebab cara memasak kot ...

sebab kita ni jenis main "pukal " jer masak selalu nya ... agak terhad resepi2 kita ...potong2 ... masuk periuk jadi asam pedas ... jadi kari ikan ...


kalau nengok cara cina masak ... dier rang akan hiris nipis2 isi ikan2 tu ... semua nya dier rang guna ...
dari sisik ... boleh goreng2 ... pastu campur la macam2 perencah ... satu dish dah ...
pastu tulang2 tu semua dier rang renihkan jadi pati sup
isi2 ikan pun dier rang potong mengikut bahagian ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.528653 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list