View: 1403|Reply: 2
|
[Sarawak]
Semua sekolah di Sibu akan dibekalkan FlexPack
[Copy link]
|
|
SIBU: Semua sekolah di Sibu akan dibekalkan dengan alatan inovasi dinamakan "FlexPack" yang membantu pembelajaran dan pengajaran matapelajaran sains.
Menteri Muda Pendidikan, Sains, dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata demikian dan peruntukan bagi membekalkannya sudah diluluskannya.
"Inovasi ini di namakan FlexPack. Peruntukan utk membekal kesemua sekolah di Sibu telah saya luluskan," katanya di laman facebooknya semalam.
Dr Annuar yang juga ADUN Nangka sehubungan itu mengucapkan tahniah kepada pihak PPD Sibu dan Cikgu Tang Mee Lay dari SJKC Guong Ming yang turut memberi taklimat kepadanya mengenai inovasi mereka itu semalam.
Katanya Flexpack membantu pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Sains dan juga boleh di gunakan utk matapelajaran lain.
"Flexpack bukan saja sekadar alatan yang memudahkan kerja amali sains, ia turut dapat meningkatkan pembudayaan amalan STEM di peringkat sekolah,"tambahnya.
Beliau berkata di samping itu Flexpack juga menjadikan sesi PdPC lebih menarik dan menyeronokkan.


credit
|
|
|
|
|
|
|
|

moga dapat kembali sebelum 2020 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|