View: 1638|Reply: 1
|
Simone akui tak sepatutnya beraksi di Tokyo
[Copy link]
|
|
Los Angeles: Ikon gimnastik Amerika Syarikat (AS), Simone Biles berkata dia sepatutnya berhenti sebelum Olimpik Tokyo tetapi tetap mengimpikan beraksi di temasya itu meskipun ia menimbulkan tekanan emosi yang besar terhadap kesihatannya.
Atlet berusia 24 tahun itu dijangka mendominasi temasya di Tokyo namun dikejutkan dengan penarikan diri acara pembukaan pertandingan gimnastik.
"Jika anda melihat segala yang sudah saya lalui sejak tujuh tahun lalu, saya sepatutnya tidak berada dalam skuad Olimpik. Saya sepatutnya berhenti lama sebelum temasya di Tokyo," katanya kepada majalah New York Magazine dalam satu temuramah yang disiarkan semalam.
Simone berkata, masalah kesihatan mental yang menyebabkan penarikan dramatiknya bermula sebelum tiba di Jepun lagi.
Sebagai mangsa penderaan seksual, Simone memberitahu majalah itu bahawa skandal Larry Nassar banyak mengganggu emosinya.
"Ia sangat keterlaluan," katanya mengenai skandal doktor AS itu yang tersebar di khalayak ramai selama dua tahun.
"Tetapi saya tidak akan membiarkannya mengambil sesuatu yang sudah saya usahakan sejak berumur enam tahun.
"Saya tidak akan membiarkannya mengambil kegembiraan daripada saya. Oleh itu, saya meneruskannya," katanya. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SIMONE bersama pingat gangsa yang dimenanginya di Tokyo. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|