CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1826|Reply: 5

Malaysia mara suku akhir Piala Sudirman

[Copy link]
Post time 29-9-2021 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Skuad badminton Piala Sudirman negara berjaya menepati sasaran mara ke suku akhir apabila mudah menjinakkan Mesir 5-0 dalam aksi kedua peringkat Kumpulan D di Vantaa Finland sebentar tadi.

Biarpun merehatkan kesemua pemain yang melakarkan kemenangan 3-2 ke atas England semalam, skuad negara langsung tidak berdepan masalah menewaskan Mesir apabila kesemua lima perlawanan berlangsung kurang daripada 30 minit.

Mata pertama negara disumbangkan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan Amhed Salah-Nour Ahmend Youssri, 21-6, 21-7.

Ng Tze Young yang turun menggantikan tugas Lee Zii Jia turut cemerlang menghadiahkan mata kedua negara dengan menewaskan Mohamed Mostafa Kamel, 21-8, 21-2.

Manakala perseorangan wanita negara Eoon Qi Xuan juga tidak berdepan masalah menewaskan Doha Hany 21-5, 21-7.

Tanpa perlu berkerja keras, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mengambil alih tempat beregu pertama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menumpaskan Mohamed Mostafa Kamel-Ahmed Salah 21-7, 21-6. Mata kelima negara disumbangkan oleh beregu wanita Teoh Mei Xing-Yap Ling yang menang ke atas Nour Ahmed Youssri-Doha Hany 21-4, 21-9.

Malaysia akan bertemu Jepun bagi melengkapkan aksi Kumpulan D Khamis ini. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2021 07:08 AM | Show all posts

TZE Yong mudah atasi cabaran Mohamed.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 11:41 AM | Show all posts
bg aku laa...malaysia xleh banggga sgt mng 5-0...nie taktik mesir je...nk kaji taktik je nie...ko bg masa setahun tgk...

dulu jepun pun camtu...asyik lauk je...skrg tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk exposure boleh la...but utk menang i not sure... Dan pengulas tolongla jgn banding2kan menang game ngan england tu or higher ranking tu maknanya pemain tu akan jadik bagus...no no no.. Lawan sapa2 pun jgnla dok sebut ranking or whatever... Anggap je setiap perlawanan tu adalah perlawanan baru dan lupakan sejarah2 perlawanan ngan lawan tu walopun dah byk kali lawan. Hari ni, esok,  lusa setiap masa perlawanan akan jadik berbeza. Apa yg penting pemain2 badminton kita ni mental kna kuat, kurangkan unforce error dan main dgn ada arah tujuan jgn mcm membabi buta je...main mcm ikut suka pukul je... Taktik pun xdek, ngan pemain injured susah nk menang...harap boleh perbaiki la pemain2 so called muda yg iols rasa xla muda sgt...pemain2 kita kena kuat melawan bkn terima je sbb ranking rendah ke... Ranking x boleh dijadikan ukuran bila di atas court...persediaan utk mengharungi game is more important...just my cent cent cent...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi game lawan Indon puas hati la tengok team Malaysia main. Memang ada fight. Depa main like go to the hell la world ranking tu..
suka sgt finally kita ada pelapis..cuma utk women single tu syg la dia patut boleh memang tapi dia xdak luck..huhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.178947 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list