View: 1747|Reply: 12
|
[Sarawak]
UPDATE : Dah dijumpai ...Pencari rebung hilang dua hari
[Copy link]
|
|
Berita terdahulu :
KUCHING: Pencari rebung, Billy ak Kaya 31, dipercayai hilang di kawasan kilang ais Jalan Stephen Yong.
Bilik kawalan PGO Sarawak menerima panggilan dari qpemanggil mengatakan kawan hilang semenjak dari hari kelmarin ketika mencari rebong pada pagi sblom nya.
Pihak Bomba BBP Batu Lintang telah pergi ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat.
Jentera bomba bersama krew telah berada di lokasi bagi pengesahan dan mendapatkan maklumat lanjut sebelum kerja-kerja SAR dimulakan.
Batu Lintang 03 lapor mangsa telah dapat dihubungi menggunakan telefon dan masih hidup, namun tidak menemui jalan keluar.
Operasi SAR telah dimulakan pada jam 07:35:00 hrs melibatkan 7 anggota bomba dan 2 orang ahli keluarga mangsa.
Pasukan K9 turut dihubungi untuk digerakkan ke lokasi bagi membantu mengesan mangsa dalam operasi SAR.
Sehingga kini mangsa masih belum dijumpai.

|
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa hilang ketika cari rebung ditemui dalam keadaan selamat
KUCHING: Mangsa, Billy Kaya, 31 tahun dilaporkan hilang ketika mencari rebung di kawasan kilang, Jalan Stephen Yong, di sini ditemui selamat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa ditemui sepasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.18 pagi.
"Jarak lokasi penemuan mangsa adalah lebih kurang 2 kilometer daripada Pusat Kawalan Bomba.
"Mangsa didapati dalam keadaan selamat dan lemah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Operasi SAR ditamatkan pada jam 11.56 pagi.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang oleh kawannya semenjak sekitar jam 9 pagi, semalam.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian dan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 7.35 pagi.
BBP Batu Lintang melaporkan mangsa telah dapat dihubungi menggunakan telefon dan masih hidup, namun tidak menemui jalan keluar.
Pasukan K9 turut dihubungi untuk digerakkan ke lokasi bagi membantu mengesan mangsa dalam operasi SAR.
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu nya masak apa ...?
kalau sini ... tumis sambal belacan ja ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada unsur2 'majalah mastika'...tak? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 29-9-2021 02:10 PM
selalu nya masak apa ...?
kalau sini ... tumis sambal belacan ja ...
Masak lemak cili api. Ataupun kari daging. Boleh jugak buat macam fc tu goreng cili |
|
|
|
|
|
|
|
Orang hilang muda and nampak fit. Mesti dia ada good survival skills tu yang masih selamat.. Cuma lemah je kan. |
|
|
|
|
|
|
|
skit lagi ...
jin kurang berkenan tak tutup aurat ... suruh balik
|
|
|
|
|
|
|
|
masak dengan kari daging blom pernah ... nak try nanti ... Terimakasih 
|
|
|
|
|
|
|
|
dan sebab masih d hubungi ... jadi senang lah kot nak mencari ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 30-9-2021 07:37 AM
dan sebab masih d hubungi ... jadi senang lah kot nak mencari ...
Tulah.. Ada plak line kan.. Dan hp battery tak Kong lagi.. Apa2 pun syukur mangsa selamat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|