CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1316|Reply: 0

[Sabah] 150,000 Penduduk Dewasa Di Sandakan Belum Terima Vaksin

[Copy link]
Post time 29-9-2021 09:48 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Kira-kira 150,000 penduduk dewasa di daerah ini belum menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga hari ini.

Pegawai Kesihatan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata, setakat ini hanya 57.6 peratus atau kira-kira 211,000 daripada lebih 363,000 penduduk daerah itu menerima suntikan vaksin dos pertama.

Menurutnya, sebanyak 49 peratus atau 177,000 orang lagi sudah lengkap mendapatkan suntikan vaksin.

“Kalau diikutkan pencapaian ini bagi saya belum memuaskan hati. Sebanyak 42 peratus lagi penduduk dewasa masih belum hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin.

“Kita belum lagi mencapai sasaran iaitu akhir September sebanyak 80 peratus penduduk sudah divaksin. Jadi ini satu pencapaian agak jauh yang kita harapkan,” katanya dalam sidang media di Sandakan, hari ini.

Menurutnya, beberapa hari kebelakangan ini juga kehadiran penerima vaksin di tujuh pusat pemberian vaksin di daerah itu dilaporkan agak rendah.

“Dalam masa sama, kempen dan penerangan lebih mendalam akan diperbanyakkan lagi.

“Selain itu, bancian turut dijalankan bagi mengetahui kawasan kampung, perumahan dan penempatan tertentu yang rendah kadar imunisasi,” katanya. -HMetro



sabahpost.net/2021/09/29

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055509 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list