CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1468|Reply: 0

[Sarawak] Gunakan pendekatan pembangunan berasaskan wilayah, kata Abang Johari

[Copy link]
Post time 30-9-2021 10:16 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING:  Ketua Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan perlu  mengubah pendekatan perancangan pembangunan ekonomi  di negara ini dengan menggunakan pendekatan berasaskan wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ketika ini menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pendekatan ekonomi masih menggunakan pendekatan lama yang membahagikan peruntukan pembangunan mengikut negeri-negeri.

Jelasnya, kelainan pendekatan itu perlu kerana saiz negeri Sarawak  berbeza daripada Semenanjung kerana saiz Sarawak yang  besar.

“Struktur ekonomi Sarawak berasaskan sumber dan keunikan yang memerlukan pendekatan berbeza berasaskan kepada sumber dan keunikan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau projek pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di sini, semalam ketika diminta mengulas pengumuman berkenaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lepas.

“Jadi pendekatan ekonomi kita mesti berteraskan wilayah dan ia berlainan kalau mengikut negeri kita. Contohnya, daerah Baram saja seluas negeri Pahang,” katanya.

“Maka pendekatan pembangunan ekonomi perlu berbeza,” jelasnya lagi.

Dalam pengumuman RMK12, Ismail Sabri antara lain turut berkata kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak dalam MA63, termasuk keperluan infrastruktur asas, kawal selia gas dan elektrik, aspek pendigitalan dan keselamatan.


sarawakvoice.com/2021/09/30




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 1.287901 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list