View: 2600|Reply: 2
|
Marquez catat masa terpantas GP America
[Copy link]
|
|
Austin: Marc Marquez mencatatkan masa terpantas dalam kedua-dua sesi latihan bebas menjelang Grand Prix America mengatasi Jack Miller dengan pendahulu kejuaraan ketika ini Fabio Quartararo mengkritik litar Austin yang menyifatkannya sebagai "berbahaya."
Di atas trek yang selalu dikuasainya, pelumba Honda dari Sepanyol itu memanfaatkan keadaan cuaca panas pada sesi petang untuk merekodkan masa 2 minit 4.164 saat, 0.015 saat lebih pantas dari pelumba Australia, Miller dengan jentera Ducati.
Juara enam kali MotoGP, Marquez menamatkan kedua-dua sesi latihan itu dengan penuh bergaya biarpun tidak mengatasi rekod pusingan terpantasnya.
"Pusingan yang sangat pantas dengan hanya berbaki 20 saat di FP2," tweet pasukan Honda team.
Catatan masa sepusingan yang dilakukannya itu 1.5s lebih perlahan berbanding rekod litar yang dicatatnya pada 2014 namun cukup untuk mengatasi serangan terakhir Miller.
Marquez meraih petak utama sebanyak tujuh kali di Litar America itu sejak dia menyertai program MotoGp pada 2013.
Pelumba Sepanyol itu menang enam perlumbaan pertama namun gagal pada 2019.
Perlumbaan di litar itu dibatalkan musim lalu ketika dia dalam proses pemulihan akibat kemalangan yang memaksanya melakukan pembedahan.
Dia kembali musim ini dan jelas sekali dia masih belum 100 peratus pulih, namun semakin hebat di beberapa litar arah lawan jam seperti di Austin yang kurang memberi tekanan kepada lengan kanannya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Marquez menjelang GP America. -FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
|
mana winner shot foto |
|
|
|
|
|
|
| |
|