|
Los Angeles: Mike Tyson yang kembali ke gelanggang tinju berhasrat menentang sensasi YouTube, Logan Paul untuk pertarungan terbarunya.
'Iron Mike' mendedahkan dia memilih Paul kerana keuntungan lumayan yang boleh diperolehi hasil pertarungan terbabit.
"Baiklah, ia pertarungan lumayan," kata Tyson. "Ia antara pertarungan yang membawa banyak duit. Logan dan Jake Paul mampu menarik sehingga 75 juta penonton yang menyaksikan pertarungan mereka.
"Ia pasti pertarungan menarik dan menawarkan wang yang sangat banyak.''
Tyson kemudiannya menambah dia akan bertarung dengan Paul membabitkan nilai 100 juta dolar (RM418 juta), jumlah yang mustahil ditolak kedua-dua kem pemain.
Tyson kembali ke gelanggang tinju pada November 2020 dengan menentang Roy Jones Jr manakala bagi Logan Paul, pertarungan berpotensi itu yang pertama sejak menentang Floyd Mayweather yang berakhir lapan pusingan pada Jun lalu. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|